Saturday, October 31, 2009

pantai bukit keluang






hari ini kami jalan2 di pantai bukit keluang, besut,terengganu.

kami dtg menemani mama (tokma haikal) untuk meeting akhir tahun SMKA Naim Lilbanat di Bukit Keluang Beach Resort. ketika mama meeting, kami pula ke pantai mengambil angin. ni kali pertama kami ke pantai sepanjang kami balik Malaysia so far. Ada sedikit kegerunan di hati mengingatkan tsunami yg baru lepas melanda seperti yg dipertontonkan dlm media.ada juga kawan mengingatkan perihal firasat yg mengatakan tsunami bakal melanda lagi.tapi kami pergi juga. Kalau Allah takdirkan kami mata kerana sebab tsunami, kami akan tetap mati. takkan sedetik pon terlambat kematian kami. tapi kalau diizinkan, ibu nak tgk haikal membesar depan mata dulu kalau ibu ditakdirkan pergi awal.

anyway,suasana cukup menyamankan hari ini.tak panas, tak pulak hujan. kami sampai seawal pukul 10 pagi di pantai.berjalan2 di sisir pantai sambil menarik stroller haikal. seronok. tapi angin laut x begitu menyejukkan hari yg semakin terasa panas.jadinya kami mengambil peluang berjalan2 di sekitar pantai sebelum duduk di bawah pondok berehat sambil menikmati jemput2 pisang dan roti berintikan kaya. haikal pula tak meragam. sangat baik budak itu.sempat die take nap sekejap sambil2 menunggu tokma nya siap meeting.

pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak ke kwsn kampungs ekitar mencari keropok lekor terengganu sebelum balik ke resort pukul 1.30pm utk makan tgh hari di dewan resort.agak segan sebanarnya, makan bersama2 cikgu2 naim. hehe.dahla duduk di meja paling depan bersama pengetua. hehe...Haikal pula sekejap saje menjadi glamer.semua cikgu2 mahu memegang haikal. hehe. haikal juga dapat duit raya lagi dr cikgu2 walaupun syawal sudah habis. ;)

tokma haikal pula bernasib baik mendapat hadiah kukusan semasa cabutan bertuah. Alhamdulillah. kami pulang berbekalkan keropok lekor terengganu.=)

No comments: