26 march -
hari ini sepatutnya aku mendaftarkan diri pukul 8 pagi. tapi ku boleh jangkakan yang aku akan bosan kalau mendaftarkan diri seawal waktu itu. jadi kulewatkan bersiap hingga pukul 10pg. malangnya, ade org insurans dtg rumah berjumpa hubby menyebabkan waktu pendaftaranku terlewat hingga pukul 11 pagi.sesampaninya di LR, aku ditimbang, urine di check, dan FHR di cehck gune daptone. tak lama menunggu, aku disuruh ke wad 11 sambil menunggu kekosongan katil di wad 12 ( wad kls 1). pukul 12 aku masuk wad 11, mulanya hubby meneman.tapi kerana mama abah ada di rumah, hubby terpaksa pulang untuk membeli makanan utk mereka. pukul 4 ptg, ade katil kosong di wad 12, aku mengankat my own beg to wad 12. sedih waktu itu kerana hubby tidak dtg. aku dipindahkan bersama seorang lagi. sedihnya hati mengenangkan aku yg keserorangan mengangakat brg dan melihatkan suaminya mengangkat brg2 pesakit tersebut berpindah wad. sesampainya di wad 12, aku di skin-prep.dan diletakkan di katil 13. hubby dtg melawat petangnya walaupun sudah lewat. che abah dtg melwat hari tu. niat che utk meneman aku di malam itu kuhalang,kerana kesian pd che sedangkan aku tidak sakit apa2 lagi. malamnya, aku tidur keseorangan. rindu haikal
27 march
tidurku x lena. bising dgn suara bayi2 menangis. aku bgn awal,seawal 5 pagi... mandi dan tunggu subuh. aku dipakaikan baju OT dan dipasangkan branula pukul 7am. round pagi itu by specialist, aku di perli kerana dtg lewat hari sebelumnya menyebabkan namaku tidak ade dalam Elective list, sebaliknya dimasukkan dlm Semi-E list. aku berharap agak c-sxn dilakukan hari tu tapi memandangkan ade emergency di OT, aku tidak dipanggil. aku berbuka puasa pukul 3pm.che membeli nasik utkku berbuka. hubby dtg ptg tu melawatku.. sedih..hubby lewat lagi. melawat hanya sekejap kerana terpaksa melayan haikal yg nakal. malamnya che pulang, dan aku tidur berseorangan.
28 march
seperti pg sebelumnya, aku mandi pagi dan menunggu doktor's round. bosan. masih tertanya2 bile kan jadual pembedahanku. ms doktor round, aku baring aje. tidak berminat utk bersoaljawab dgn mereka. buku pa&ma 2 edisi sudah ku baca dr kulit ke kulit.bosan. msg hubby suruh dtg. dlm pukul 12 lebih die dtg. kuluahkan rasa x puas hati kerana aku masih di sini, sedangkan aku sudah masuk dr hari sabtu. hubby menelefon the o&g, and the anaest. x lama lps tu, nama aku dipanggil.sunguh cepat diorg menukar bajuku, memasukkan cbd, dan ot prep kan aku. beberapa minit selepas itu,aku diminta baring di atas stretcher sambil mereka menolak aku ke ot zamrud.sebelum itu kupesan pd hubby utk memaklumkan pd che bhw aku akan dibedah.sesungguhnya rasa CBD itu sungguh menyakitkan. terasa pedih dan mahu kencing sepanjang masa. rasa itu membuatkan aku rasa taknak dibedah pulak rasanya. bile sampai di OT zamrud,anaest and misi bertanya detail2 yg sepatutnya.
di dlm bilik ot, aku diberikan spinal anaesthesia dan intrathecal morphine. dr mostaza yg melakukannya. kali pertama die memberikan anest tersebut,rasanya sgt menyakitkan. aku hanya merasakan renjatan elektrik di sebelah kaki kiriku. terkejut aku.dua kali kejadian itu beerlaku. die meminta maaf, katanya die perlu mengadjust position sblm melakukannya sekali lagi kerana aku hanya merasakan nya pd sblh kiri tidak pd kedua2 kaki. sungguh perit.
kali kedua, die berjaya. kakiku mula kebas2. operation dimulakan. hubby tak masuk OT. kali ini, aku merasakan sakit ketika mereka menekan2 perutku.sungguh sakit sampai aku menangis. pada mulanya mereka memberikan pd dr hafizah untuk melakukannya, namun, dr ros dan dr haida(specialist) terpaksa turun padang kerana ade adhesion of my bladder tto the upper part of lower segment. adhesiolysis terpaksa dilakukan sblm mereka berjaya mengeluarkan baby. rasanya sungguh sakit, masyaAllah dan pembedahan kali ini juga mengambil beberapa jam tak seperti masa haikal dulu yg hanya mengambil ms yg singkat.
alhamdulillah,. pukul 5pm++ aku keluar dr OT dan ditempatkan di recovery. dapat ku lihat baby di dalam warmer. gembira walaupun masih merasa sakit. tak lama kemudian, baby diserahkan pada che bile sampai di ward. hubby masih menunggu di luar. setelah diperiksa keadaanku stabil, tiba masanya untuk memindahkan aku ke wad. kali ini, blood clot evacuation dilakukan oleh misi kerana byk oozing of blood dr vagina. ku halang merekaa dr menyentuh perutku kerana rasanya menyakitkan.
misi2 pon hairan kerana aku merasa sakit terlalu awal, juga dpt menggerakkan kaki sejurus selepas pembedahan. biasanya org hanya merasa sakit slps 6 jam. kali ini sungguh sakit ya Allah.
balik ke wad, aku dilawat oleh abah che and family and abah adin. mama ada kursus dan x dpt hadir. aku gembira. malamnya che menemankan aku. aku asyik menggaru2 muka sampai menggelupas dan malamnya aku mula menggaru seluruh badan. batuk pon terpaksa ku tahan kerana sakit pd perut akibat pembedahan.
29 march 2011
esokkan harinya, aku meminta iv piriton utk diberikan. 20mg iv piriton diberikan dan hanya slps itu aku baru ok dr merasa gatal2. che menemanku sepanjang masa. tapi kesian che, kerana penjaga diminta keluar sms doktor round. kesian pula rasanya melihat che di'halau'. huhu...tokayah dan makaji melawat aku di petang hari..
30 march
dan mula berjalan2. sakitnya masih terasa tapi kugagahkan juga diri.
31 march
hari pulang ke rumah.yeay...
No comments:
Post a Comment