tak sangka, hari ini bermula dgn permulaan yg sedih. mr hubby bagitahu yg die nampak kesan tapak kasut di dinding bilik stor kami yg menyebabkan die syak ada cubaan pecah masuk rumah. selepas diselidik, mmg..aku kehilangan semua barang kemas - 1 rantai emas che bagi, 3 gelang emas termasuk gelang hadiah kawen, dan 2 cincin emas termasuk cincin kahhwin. sedihnya hati Allah saja yang tahu..
sayangnya, barang2 di rumah sedikit pon tidak berusik. kalau Mr hubby x bagtahu pasal tapak kasut tu, mesti kami x mengesyaki apa2. semua laptop,tv,dan brg2 berharga lain terselamat. aduhai,sedih sangat. bab hilang cincin dan gelang kawen tu yg menyebabkan lagi2 terasa kesedihannya. sentimental value di situ. beli baru pon takkan sama dgn yg asal.
kerugian pertama ini dianggarkan sekurang2nya bernilai rm 20,000 kalau x lebih. ya Allah, memang sepanjang hari ini tak keruan.
patutla, 2-3 minggu ni terasa nak pakai brg kemas. cuma,last 2 weeks amek 1 gelang kecik utk pakai sbb takut kalau gelang2 lain akan mnyebabkan kulit baby sakit kalau terkena. nak dijadikan cerite, hanya gelang kecik itu yg aku ada skrg.sedih sangat.
ya Allah, Kau berilah hidayah dan petunjuk pada si pencuri itu. kalau brg2 kemas itu rezekiku, pulangkan lah pada kami ya Allah. tapi kalau taqdir itu bukan rezeki kami,Kau tenangkanlah hatiku ya Allah. skrg ni mode pasrah dan redha atas ape yg berlaku.
mungkin Allah nak bagi iktibar kat aku supaya aku ingat utk bersedekah dan berbuat kebaikan. harta di dunia boleh cari lagi...takpelah, xde rezeki aku kali ni. sedih lagi ni..huhu..
No comments:
Post a Comment