Alhamdulillah...hari ini bermula study leave hubby utk 2 minggu. begitu lega rasanya melihat dia gembira, bermain game bola kegemaran sepanjang malam, dan bermalas-malasan di pagi hari tanpa perlu bersiap bergegas ke tempat kerja. Aku yg gembira melihat dia gembira. 2-3 hari lepas, terasa diri kesunyian sementelah hubby terpaksa oncall overnight diikuti oncall the next day sampai pukul 10 malam. kesunyian di rumah tanpa dia...hai, bagaimana lah diriku nanti bila di Galway,jauh dari hubby.sedangkan ditinggalkan semalaman sudah kesunyian, apatah berada berjauhan selama enam bulan??mampukah aku??sendiri tertanya...
hari ini, tidak banyak kami lakukan pada siang harinya. banyak bermalas-malasan di couch melihat hubby bermain bola, sambil menonton tv di selingannya...
malamnya pula, aku bersama hubby, turut bersama Mas Mahady yg turun dr Limerick ke rumah Apek & Azraa utk Usrah.Alhamdulillah, berjumpa junior yg kebanyakannya x kukenali sebelum ini. juga mendengar usrah pasal sifat2 Allah iaitu
-mukhalafatuhu linafsihi
-wahdaniah
diikuti oleh tafsiran ayat Albaqarah 124 berkenaan 'kalimaat' yg ditafsirkan para ulama' sebagai syariat2 yg ditaklifkan Allah kepada Nabi Ibrahim. juga mengambil iktibar dari pengorbanan Nabi Ibrahim melakukan perintah Allah tanpa sebarang dolak dalih.
selepas itu, ada tazkirah ringkas berkaitan ILMU. tajuk yg simple, tapi berjaya membawa kesan yg mendalam, membuatkan aku berfikir sebetulnya...tanpa Ilmu kita manusia hanya menurut.contoh solat sendiri, apakah kite tahu hujah2 di setiap prgerakan sembahnyang kita. aku akui aku hanya jadi penurut tanpa sebarang rasa utk bertanya...
satu point yg betul aku ingat, di kala akhir zaman ini, ramai ulama' tanpa ilmu membuat fatwa. semacam betul kalau dilihat apa yg terjadi di zaman ini....
selepas usrah, kami dijamu makan nasi lemak. Alhamdulillah,kenyang betul merasa nasi lemak setelah sekian lama x makan...
selepas beramah mesra dengan adik2, kami pulang selepas menghantar junior ke rumah masing2. Mas bermalam di rumah kami. sukalah hubby, punya kawan utk bermain. kalau tidak, tampak bosan tanpa teman bermain bola di xbox 360. aku???hehe...tak suka..x minat...and sakit tangan guna controller...aku lebih banyak jd pemerhati dari meng involve kan diri...
~coretan bosan di kala hubby seronok main game dgn Mas ;) ~
No comments:
Post a Comment