Saturday, December 12, 2009

Lyanna

satu malam, lyanna tiba2 taknak berjalan. disuruh berjalan,die merangkak. disuruh berjalan, die mengengsot. kenapa?tak ada angin tak ada ribut. tiada siapa melihat lyanna jatuh, tiada siapa melihat die tersepak apa2. cuma yg che lihat,die mungkin terpijak kain baju, lantas membuat spekulasi yg mungkin die terjatuh,lantas tidak mahu berjalan.

dibawa ke tukang urut esoknya juga tidak membawa sebarang perubahan. die tidak mengeluh kesakitan, pon tidak ada demam. lyanna aktif macam biasa, cume merangkak yg membezakannya. peka melihat perbuatannya, kami terus membawanya ke KECEMASAN, bimbang kalau2 ade kaki patah/dislocation.

Xray membuktikan tidak ada apa2 yg kene dgn kakinya. pon dia masih tidak mahu berjalan. terpaksa dimasukkan ke hospital utk pemerhatian, menyebabkan kebimbangan berlarutan di kalangan kami, lebih2 lagi mamanya.

Acute Transient Synovitis lebih tepat utk diagnosis Lyanna. setelah skin traction dilakukan di hospital pada hari pertama admission, lyanna sudah mampu berjalan dgn sendiri. malah sudah boleh berlari. lantas kami meminta utk pulang,sementelah susah utk kami menjaganya di hospital. mamanya terpaksa ke KL, nenek dan tok abah pula sudah berada di KL. pakcik2nya nak exam, cik jah pula sudah ada haikal yg menuntut perhatian utk susu.ao,terpaksa la mintak balik.

bila kat rumah, mula2 ok, lepas tu,jalan keccok2 lepas tu. we are very worried. risau pk psl die. anyway, she has appointment next week. hoping that she will be ok by that time. insyaAllah...ya Allah,sembuhkan anak saudara aku...kau kurniakan padaNya kesihatan yg berkekalan.ameen...

No comments: