anak perempuan ibu sudah empat bulan. bahagianya ibu melihat anak ibu membesar. najya sudah banyak melakukan perubahan
1. dari kecil 3.6kg semasa lahir, sewaktu 3 bulan sudah 7.2kg. 4 bulan umurnya ini,taktahulah berapa beratnya. yang pasti lagi berat dari sebelum ini. sekarang, mampu dukung sekejap2. kalau dukung lama, pasti lenguh2 tangan ini
2. sudah boleh meniarap. dari 3 bulan setengah lagi najya boleh meniarap walaupun seawal 3 bulan lagi najya menunjukkan tanda2 untuk boleh meniarap tapi tidak berjaya sehinggalah umurnya 3 bulan setengah. bila meniarap, kakinya menguis-nguis sehinggalah kadang2 dia beranjak ke hadapan. bahaya betul sekarang kalau najya ditinggalkan seorang di atas katil. takut jatuh katil!
3. dah pandai bercakap2 seorang. lagi2 kalau tinggal seorang tidak dilayan. mulalah dia mengomel dalam bahasa dia utk attention. pandai ketawa juga. dah pandai main2 agah2 sekarang. pasti ketawa mengekek.
4. sewaktu masih kecil lagi najya suka senyum. sampai skrg pon masih senang senyum. kwn2 MO pun berkata yang sama sewaktu berjumpa najya di bilik oncall tempohari ketika najya dan abang menemani ibu oncall.
5. dah pandai main dgn abang walaupun masih lagi berhati2 bila abang berada berhampiran. takutnya pasti ada sbb abang suka mengacau adik sampai kadang2 najya menangis dgn kuat. abang pula pasti makin galak buat adik menangis. ibu merasakan adik najya ni sangat sensitif orangnya sbb bila abang bercakap kuat di telinganya,dia pasti menangis seolah2 orang memarahinya walaupun abang hanya mengacau tidak bermaksud utk memarahi.
6. sungguh sedap dan gebu badan najya yg kecik ini. baju2 semua sudah tidak muat,terpaksa ibu membeli baju2 baru utk adik yg membesar.ingin memakaikan baju abang tapi baju abang terlalu kelelakian.byk jeans2 abang ibu tak mahu pakaikan utk najya. tapi ibu tidak kisah kalau sekadar kaler biru utk najya, sbb sedari kecil mmg najya selalu pakai baju abang. syg juga kalau baju abang tak digunakan. tapi kalau baju yg terlalu lelaki eg seluar jeans, tak bolehlah..
7. najya sudah pandai mencapai barang. apa2 barang hatta rambut kita sekalipun, pasti diambil/ditarik ke mulutnya. aduh,kadang2, baru perasan ada 2-3 helai urat rambut di tangannya yg pasti sudah masuk ke mulut. semuanya dimasukkan ke mulut. sekrang pon dah pandai menarik spec ayah. kelakar. teringat time2 abang haikal kecil dulu, sama macam najya sekarang ;)
apa lagi ye?yang pasti setiap perkembangan najya ibu nantikan dgn hati yg gembira. anak ibu dah besar.suatu hari nanti bile ibu baca balik blog ini, ibu pasti tersenyum mengingatkan najya. semoga jadi anak solehah ye sayang! ameen
No comments:
Post a Comment