Wednesday, July 27, 2011

Finally... 2 years old!!






haikal menyambut hari lahir keduanya bulan ini. kami pada mulanya 'menempah' cuti pada tarikh hari lahir haikal untk menyambutnya bersama, namun takdir Allah, ayah pula tak dapat cuti sbb ayah kene cover doktor lain yg berkursus. frust pon ada juga, tapi apa nak buat, kami kan penjawat awam. jadi ibu pon sama tak ambil cuti, sbb kami nak cuti bersama2 kalau boleh.

jadi,pada 13hb Julai 2011, haikal tetap juga ke nursery semasa ayah ibu keluar bekerja. hanya pada malamnya baru kami bersama2 makan pizza hut delivery yg dihantar terus ke muka pintu rumah. kenapa tak makan di luar?kami sudah berkira-kira, kalau makan di luar pasti payah dgn budak berdua ini. masa haikal seorang dulu pon,kami dh pening nak layan. ingat lagi ms kami makan kat pizza hut dulu, haikal siap muntah lagi dlm kedai. ada juga kami yg tak lalu makan sbb melayan haikal yg menjelajah segenap ceruk pizza hut tu. jadi,mengambil jalan selamat, kami makan kat rumah saja. tokma to bah, che tok abah pon tak ada masa itu utk menyambut birhday haikal.

hujung minggu yg sama pada 15 julai, kami membuat makan secara kecil-kecilan. asalnya utk menempah,tapi tokma terlalu sayangkan cucunya ini terus menawarkan diri utk memasak nasi dagang special tokma. walaupun baru pulang dari kuala lumpur ketika itu, tokma terus berusaha utk memasak nasi dagang dan laksa, juga bubur jagung spesel tokma. alhamdulillah,semua siap on time.ibu menolong2 apa yang patut, head chef nye pastilah tokma.

kami hanya mengajak yg dekat sahaja di sekitar kota bharu ini. tok ayah mie n family, ayah mien and family, che abah n family, juga mokmuda nabihah and family. tak ramai. jiran2 berdekatan pon diajak cuma ramai yang tak ada kt rumah sewaktu kami menjemput. alhamdulillah,haikal dpt 2 kek tahun ni, satu ayah beli dkt secret recipe,satu lagi ayah mie yg kasi. alhamdulillah.

ibu tak beli lagi hadiah utk haikal. ayah dah beli kerete transformers kecik, rm 10 utk 2 biji. haikal yang pilih sendiri. ayah cadangnya nak beli yg lagi besar, tapi haikal berkeras nak yg kecik itu jadi ayah terpaksa turutkan. rupa2nya kerete tu mmg haikal suka.asyik dok pegang aje,tak boleh lepas. tidur pon masih dipegang. tokma siap bercerita yang tokma yg terpaksa memegang botol susu haikal swaktu haikal minum susu sbb kedua-dua belah tangannya penuh memegang kereta kecik itu,setiap satu utk sebelah tangan. hihi. haikal ni..

alhamdulillah...ibu bersyukur anak ibu ini sudah 2 tahun umurnya. semoga selalu sihat ye sayang, besar2 nanti jadi anak soleh, budak baik dan genius ye sayang? ibu sayang anak ibu yang ini. walaupun ibu kadang2 marah dan serabut bila abang haikal kacau adik najya, dlm hati ibu tetap bersyukur yang ibu dikurniakan anak yg aktif mcm abang. haikal la penawar sedih ibu bila abang afnan takde. ibu masih ingat lagi airmata panas yg mengalir di mata sewaktu mendengar jeritan tangis haikal sewaktu ibu di dewan bedah. ibu tgk ayah,ayah tersenyum sambil keluar airmata.ibu terus teresak2 gembira. alhamdulillah.

sekarang anak ibu sudah 2 tahun. dah makin nampak interested utk membaca. bila ibu tunjuk gambar cat, terus haikal sebut ' meoww', bila ibu tunjuk gambar burung, haikal terus sebut 'bird'. bagus anak ibu. tgk gambar ikan, haikal terus sebut 'pish' hehe..fish ye sayang, bukan pish..

masih banyak benda dalam dunia ini utk haikal teroka. ibu akan sentiasa berada di sisi haikal ye sayang. ibu sayang sangat kat anak ibu ni. maafkan ibu ye sayang kalau ibu buat salah kat haikal ye sayang..

anyway, happy 2nd birthday my lil son. we love u to bits! hugs from ibu and ayah...

No comments: