semalam, kami dijemput utk menghadiri satu majlis yg dianjurkan oleh adik2 junior sempena Majlis Perpisahan dgn beberapa org yg akan balik malaysia for good. antaranya fahmi (final med-new dr),Izaida (fahmi's wife)and Uwais hasbullah (their son). di samping itu, kami juga di raikan smpena kepulangan kami bulan 8 ini. syukri dan salwani(baru melahirkan) juga diraikan walaupun mereka tiada di dlm majlis kerana mereka jga akan kembali ke M'sia for good nanti.Amin, hafis, Azraa yg baru meraikan hari kemerdekaan mereka drpd final med exam juga diraikan...
sempatla kami berjumpa muka dgn fahmi yg akan balik 26 hb ini. smpat jumpa uwais yg comel.sayangnya, lupa nak snap gambar budak comel itu sblm dibawa pulang oleh fahmi. darwisy(anak zue apek) pon dh besar.dah 6 bulan setengah.sgt aktif. zue pon kata x larat jaga si kecil.terlalu aktif. x penah duduk diam. habis satu rumah diterokanya walaupun masih kecil.
sejak dilahirkan, kami x penah jumpa Nufail, anak Azraa&hafis. ya Allah, besarnya budak itu. dilahirkan dgn berat 4.14 kg, betul2 mengejutkan semua org sbb azraa dan hafis kecik saje. skrg, walaupun baru menjejak 3 bulan, gayanya mcm kanak berumur 5-6 bulan. lagi berat dr darwisy, dah 8 kg mengikut kata ibunya...
suka betul tgk kanak2 kecil ni. rasa tenang je hati.seronok melihat telatah diorg. harap2 baby dlm perut ni pon sihat mcm kwn2 baby ye. nanti boleh main sama2...
terima kasih buat adik2 kerana menjemput kami ke majlis, juga kerana menyediakan juadah yg sgt sdp. ada nasik berlauk masak cili api,nasi himpit dan kuah kcg, mee kuah, kuzi dan roti, agar2 dan mcm2 lagi.terasa meriah betul.seronok makan beramai2 sambil bercerita.
pulang shj dr majlis, terus ajak hubby pegi beli brg2 baby kat Dunnes Store.hehe,teruja barangkali tgk baby2 kat majlis. hubby pon x menghalang since skrg pon dh nak masuk 32 weeks. sempatla beli baby bath,shampoo, lotion,pampers, blanket dan baju baby. kali ni,kami beli baju baby yg sama dgn baju afnan. kami sgt suka satu baju teddy bear brown yg afnan sempat sekali pakai sblm dikebumikan dulu. teringatkan kat afnan, kami beli baju yg same utk adik afnan ni.harap2 adik afnan suka baju yg seakan sama mcm abang die ni..
tak berani nak beli mcm2 lagi. kalau ikutkan nafsu, terasa nak beli mcm2 utk baby. tapi, selalu kata kat diri sendiri utk beli brg2 yg basic dulu. nanti bile baby dh selamat dilahirkan, baru beli bende2 lain.
kalau ikutkan plan, nak beli brg2 lepas 34 weeks, tapi x sabar pulak.hehe...ni mesti gara2 jumpa baby ramai2 td. harap2 adik afnan ni boleh guna brg2 ibu beli...
ibu still x jumpa kain muslin. mane nak cari ni?...nanti jumpe,ibu belikan utk baby ye. ibu suke betul kalau bab2 shopping brg baby ni.suke betul tgk brg2 cute baby..comel.harap2 baby ibu ni pon comel cam ibu dan ayah...=)
No comments:
Post a Comment