Friday, May 29, 2009

Shopping lagi...

seronok betul shopping semalam since both of us pon baru dapat gaji utk bulan ni. Alhamdulillah. syukur juga kepada Allah kerana hospital tpt sy bekerja sebelum ini masih membayar gaji bulan2 kepada saya walaupun sudah bercuti maternity leave. walaupun basic pay, cukup utk mengurangkan beban hubby sblm baby lahir. Dah bagitahu hubby supaya simpan duit hubby yg portion sy/baby bulan ni utk bayar kos2 shipping barang2 nanti. (so that hubby bleh save duit sbb ibu dh dpt duit gaji)

semalam,kami bergerak dr satu tempat ke satu tempat. asalnya berjalan tanpa tujuan. nak shopping, tapi xtahu nak beli ape. memandangkan kami akan shipping beberapa kotak ke M'sia bulan june nanti, hajat di hati teringin juga membeli apa2 yg patut utk diisikan ke dalam kotak2 nanti.

Bermula dgn harvey Norman,kami pulang dgn tgn kosong. entah, tidak berminat dgn brg2 di situ. walaupun dikatakan sale, tapi masih belum cukup 'sale'nya. perlu lebih 'ummph' utk menarik minat kami2 ni yg berjimat skrg ini. hehe

kami terus ke smyth toys slps pulang dr Harvey Norman. di sana, kami tertarik dan terus membeli playmat baby.kalau diikutkan, afnan sudah punya playmat yg boleh diwarisi kepada adiknya ni,tp sayangnya, semua barang2 afnan sudah dihantar ke m'sia. dan memandangkan kami pon x membeli baby cot kali ini, kami memerlukan semacam alas utk meletakkan baby. dan playmat itu pilihan yg terbaik pd fikiran kami.

tertarik dgn botol2 susu avent, kami membeli lagi 1 newborn set yg mengandungi 2 botol susu besar,2 botol susu kecik, 2 soothers, dan 1 berus basuh botol avent.(dat means no more tommee tippee, avent it is). sebelum membayar, kami turut membeli another 3 botol susu baby (jenama x tahu, tapi sbb murah after discount, beli je).

slps tu, kami terus bergerak ke Mahon point retail shop.sempat singgah di Mothercare sekejap sblm kedai tutup. Alhamdulillah, stlh byk kali bertanya di tempat lain sblm ni, Mothercare yg ini ada menjual shopping basket quinny buzz. selain itu, ehe, saya tertarik lagi dgn botol susu mothercare. half price. dari 22 euros kepada 11 euros utk 6 botol susu. hubby x kasik beli sbb dh ade byk botol. tp memandangkan harganya yg murah dan quality, plus plan utk BF baby walaupun sudah bekerja nanti, mempunyai botol2 yg banyak adalah suatu keperluan utk simpan susu dlm freezer nanti. lagipon botol2 itu adelah sterilizing bottles, just nice for freezing and to keep expresses breastmilk. (ni antara reasoning bagi kat hubby spy hubby setuju,haha)

then, kami ke Argos. kali ini, tertarik pulak dgn Fisher Price Baby's walker. less than half price. dr 41euros, kami beli dgn hanya 19 euros. menarik.ehe...

ehe...dan sy pulak sempat membeli Cookwork Mixer di sana. half price. hubby ty,'kenapa beli satu lagi, bukan dh ade?' jwb kepada hubby,' ala,yg ni ade bowl die, lagi plak half price'. aha...hubby geleng kepala...

kemudian, ke Tesco pulak tujuan kami. (hubby kata Tesco Ireland x menyumbang kepada Israel.hubby dh kaji dan baca circular psl tu. yakin dgn hubby, kami pergi juga ke tesco sekali sekala, walaupun kami lebih prefer Dunnes Store bagi mengelakkan was-was). di sini, kami jumpa kain muslin baby. aha..tesco jugak yg ada.puas cari merata, tesco yg ade.ahaks..mothercare ade juga, tp mahal. 6 muslin nappy for 7 euros, not bad la.though kat m'sia, kain muslin ni tersangatla murah. kat sini, susah betul nak jumpa di kedai2....

itulah tangkapan kami di kedai2 utk baby smlm.ape yg kami beli utk kami???aha...hanya ice-cream lollies utk membasahkan tekak spls penat berjalan sepetang di Cork...aha, best la hubby shopping!nak shopping lagi, boleh??? *wink*

No comments: