Saturday, May 9, 2009

suatu petang yang damai...


di suatu petang yang cerah, si suami dan si isteri berjalan-jalan mengambil angin di bandar cork. berjalan2 merewang2 tanpa arah tujuan, sekadar utk melepaskan penat seharian di rumah memerah keringat belajar.
dari satu kedai, ke satu kedai..si suami dan si isteri meneroka. sehingga si suami terasa penat.si isteri cool aje walaupun si isteri sarat mengandung anak kedua mereka.mengenangkan kepenatan si suami, lalu, si isteri menyarankan utk mereka berehat seketika sambil memakan ice-cream.yum yum...
kemudian, perjalanan diteruskan slps perut diisi dgn ice-cream iceberger yg sedap. sehinggalah si isteri berkata, 'abang, saya nak minum coco-loco kat Gloria Jeans,boleh?'. malangnya, kedai tersebut tutup. si isteri kesedihan. lalu, si isteri terus mencari idea utk mengisi jugak perut yg mengada2 mintak diisi. lalu, si isteri berkata, 'nak makan burger chicken fillet pulak la, boleh??'. si suami berusaha utk menyempurnakan hajat si isteri yg selalu nak makan itu. tetapi kedai halal yg mejual burger itu jauh. lalu, si suami mengambil kereta di garage di rumah dan memandu kereta tersebut ke kedai burger.
di dalam kereta, selepas mendapat burger yg diidamkan, si isteri mengajak si suami ke tepi tasik sambil makan burger dan menghayati keindahan ciptaan Tuhan sambil melepaskan penat belajar sepanjang minggu. si suami dgn penuh kasih syg menuruti si isteri...
slps kenyang, si suami pon berjalan2 dgn si isteri melihat angsa-angsa dan itik2 di tasik. Alhamdulillah, sungguh indah petang ini...
nampaknya begitulah pengakhiran cerita di suatu petang yg damai. =)

p/s:mencuba topi2 yg berharga lebih dr 100 euros di Debenham's


jalan2 di lough

No comments: