aku dibesarkan dari kecil sampai dewasa di kampung halaman aku di kelantan. seingat aku, aku x pernah keluar dari kelantan sehingga aku berusia 7 tahun. itupun sekali, bile aku ikut abah che aku pergi meniaga di UTM kat KL. itu kali pertama..
kali kedua aku pergi jauh dr family ialah ketika aku sambung pengajian after SPM ke Kolej Chermai, Bahau, Negeri Sembilan.aku memang tak pernah pergi jauh dari family.tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah aku semua di kelantan.
selepas 1 semester di Matriks, aku dapat offer utk melanjutkan pengajian ke Kolej Mara Banting selama 2 tahun sebagai persediaan utk aku ke oversea. begitu bersyukur, tapi terlalu sedih ketika itu utk meninggalkan teman2 kesayangan...
selepas 2 tahun di KMB, aku mendapat tempat utk mengaji di Ireland...alhamdulillah..
tak sangka, tak pernah aku imagine aku akan pergi jauh dr Malaysia. aku anak family yg sederhana, x pernah menyangka akan dapat pergi merantau ke negara org...aku bersyukur yg amat...
tahun 1 aku di Ireland...selain melawati tempat2 di Cork, galway and Dublin, aku dan 2 kawan aku ke London, Cardiff dan Bristol berjumpa teman seperjuangan sambil berjalan mencari pengalaman...
tahun 4 pulak,aku baru berkahwin. jadi aku dan suami mengambil peluang berbulan madu ke paris. sungguh indah saat ketika itu...masih ku ingat eiffel tower yg berkilauan di waktu malam yg dpt dilihat dr bilik hotel kami...
tahun ke 5, aku dan suami berjalan pula ke barcelona and madrid. pergi melihat tpt org sambil2 melawat stadium bola terkenal di negara itu.
akhir tahun 5, sebelum graduasi, aku,suami dan famili suami berjalan pula ke london,paris, dan istanbul...meriah sungguh bila berjalan bersama family.
mase aku intern, january 08 aku berjalan pula ke Andalusia, bersama suami dan ayah mertua. sempat la kami melawati Malaga, Granada, dan Cordoba...kami bersama pergi ke Alhambra...
Akhir Mac 08,awal april 08, aku melawati mesir bersama suami dan 2 teman. selain mesir, kami juga pegi ke iskandariah. byk tempat bersejarah kami lawati.selain makanan yg murah, barang2 juga lebih murah berbanding Ireland. shopping sakan kami ketika di egypt..
June 08, aku bersama suami ke Italy pula. Dari rome melawati Colosseum dan tempat tinggalan empayar rome suatu ketika dulu, kami ke Milan menyusuri tempat2 terkenal bahan berjenama. menaiki train laju, kami sampai pula ke Venice, bandar di dalam air. sehari di situ, kami bertolak ke Pisa melihat leaning tower sebelum kembali ke Ireland...
September 08, aku dan suami melawat Northen Ireland ie Belfast dalam perjalanan ke Giant Causeway melihat batu bertingkat yg menakjubkan...Subhanallah,ciptaan Allah itu sgt menakjubkan. kami sempat juga ke jambatan gantung di situ..
sekarang, aku merancang utk ke Edinburgh melawat pakcik di sana. mungkin kami akan ke Germany/Brussels/Switzerland/US plak selepas ini..siapa tahu...
Syukur padaNya memberikan aku waktu utk melihat tempat2 baru....
No comments:
Post a Comment