Sunday, November 23, 2008

I.N.T.O

semalam, dalam pukul 10.30 tghhari, kami ke bandar cork yg berjarak beberapa puluh meter je drpd rumah kitorg. pon begitu, boleh dikira berapa kali kami ke bandar sebelum2 ini. walaupun perjalanan jalan kaki hanya 5 minit dari rumah, tapi jarang sekali kami bersama2 ke bandar. entahlah, sejak 2 menjak mempunyai kereta, kami lagi suke ke MAhon/Blackpool atau ke mana2 sahaja yg tidak memerlukan kami utk exercise jalan kaki. betapa malasnya kami kan??? ;p

sesampai sahaja di hadapan Argos di St Patrick Street, bunyi riuh rendah terdengar di kejauhan. dari jauh kami melihat begitu ramai orang. tidak menyedari dgn apa yg berlaku, kami masuk ke Argos, saja2 melihat katalog yg ada.

sebentar kemudian, bunyi bising terdengar di jalanan. ada perarakan ke?kami terus bergegas keluar. baru kami sedar, hari ini, pagi ini, INTO (Irish national Teacher Organisation) membuat perarakan disertai dengan kanak2 sekolah dan ibu bapa mereka utk menyatakan protes mereka terhadap kenaikan tax dikenakan ke atas mereka, juga membantah cutback ke atas funding sekolah2 mereka. ramai sungguh orang memberi sokongan. beginilah mereka, bila tidak berpuas hati, perarakan damai diadakan. hak bersuara mereka tidak diketepikan oleh kerajaan, malah semua sama2 menyokong dr depan mahupun belakang. di sini, ada beberapa gambar yg diambil pada semalam.
(minta maaf atas bahasa melayu yg sgt formal. hehe...praktis bahasa melayu ibunda la katakan ;p)



No comments: