penat sungguh berpuasa di musim bunga. hari ini hari pertama aku berpuasa ganti. kiranya aku masih ada sehari lagi puasa utk kugantikan. insyaAllah, akan ku laksanakan secepat mungkin, mungkin esok barangkali. syukur juga, puasa-puasa ganti yg berbaki utk tahun ini telah ku ganti awal2 di bulan Syawal, hanya tinggal 2 hari yg perlu diganti. sepatutnya ku lunaskan semua puasa di bulan syawal, tetapi slps 6 hari berpuasa di bulan syawal thn lps, terus kulupakan hajat utk habiskan puasa ganti dek kerana nafsu makan bermacam2 spjg bulan syawal. setiapkali hujung minggu, pasti ada jamuan rumah terbuka yg membuatkan aku bertambah leka lantas melengah2kan puasa sampai ke saat ini.
hari ini, puasaku bermula dr pukul 4.25 pagi(subuh) hinggalah 8.45 ptg menjelang maghrib. penat memang terasa,lagi2 bila berbadan dua. selalunya spjg berbadan dua ini,ku amalkan mkn sedikit2 buat tawar dahaga dan lapar, namun, bila puasa dan terpaksa menahan diri dr mkn dan minum, membuatkan aku lapar yg hampir muntah. begitulah selalunya, bila lapar sahaja, terus terasa loya dan akan muntah. alhamdulillah, hari ini aku tidak muntah walaupun loya sepanjang hari. begitu susah utk tidak makan.sdgkan, kawan2 muslimin muslimat di merata negara miskin mampu berlapar dahaga tidak mkn berhari2, aku puasa sehari sudah mengeluh. kubetulkan niat, moga puasa ini diberikan Allah pahala dan berkat. moga melatih aku menjadi org yg lebih sabar,insyaAlah...
jam berdetik berlalu, bila hampir pukul 8 mlm, aku sudah tidak larat. nasib baik aku tidak bekerja. bayangkan kalau bekerja, penatnya pasti tak terkata.ya Allah,begitu peritnya puasa di musim bunga, betul2 melatih diri agak bersabar. sungguh,penat yg x terhingga. kalau dikirakan, tahun ini, kami di Ireland akan berpuasa di bulan ramadan yg jatuh akhir bulan 8 dan awal bulan 9 sementelah hari raya mungkin jatuh pd 20/21 sept. kiranya, makin panjang siang bermaksud makin lamalah jam utk berpuasa.aku berdoa agar kwn2ku di Ireland tabah berpuasa tahun ini. kami mungkin berada di malaysia utk musim berpuasa dan hari raya tahun ini.insyaallah.
aku begitu terasa utk mkn kuih-muih tradisi utk berbuka puasa hari ini. alhamdulilah, dgn resepi yg ringkas, kusiapkan juga kuih bakar ini buat pembasuh mulut selepas berbuka. alhamdulillah...rezeki Allah utk hari ini.
No comments:
Post a Comment