Tuesday, April 21, 2009

survive please....

kenapalah begini jadinya...
semalam, selepas siap memasak dan mengemas rumah, baru teringat yg balang2 ikan aku dah lama tak dibersihkan. rasanya sudah lebih 2 minggu. ikan-ikan kami, Alex dan Ben mesti nyawa2 ikan tinggal di dalam balang yang berkelodak itu. jadi, aku berkeputusan utk membersihkan balang2 tersebut.

setelah memindahkan ikan2 tersebut ke dalam periuk buat sementara waktu sblm aku membersihkan balang2 mereka, aku kemudiannya terlupa utk membersihkan balang2 mereka disebabkan terlalu asyik menggunakan internet. jadi, tinggallah alex & ben di dalam periuk yg sama. utk pengetahuan, asal2 dulu kami hanya ada Alex, tetapi memikirkan Alex yg mungkin kesunyian tinggal seorg di dalam balang, kami mencarikan teman hidup utk Alex, yg dinamakan Ben. tetapi kami salah memilih rupanya, mungkin Ben juga ikan jantan, mereka menjadi teman lawan. asyik bergusti, gigit-menggigit antara satu sama lain di dalam balang. Alex lebih pasif, sedangkan Ben terlalu agresif. Ben selalu memulakan perbalahan di antara mereka. ben jugalah yg selalu mengejar dan menggigit Alex semasa mereka berada di dlm balang yg sama. melihat casualty yg telah menimpa Alex, kami membuat keputusan utk memisahkan mereka ke dlm balang yg berbeza.

semalam, akibat terlalu asyik menggunakan internet aku terlupa utk mengasingkan mereka ke dlm balang masing2. akibatnya, tak lama kemudian, bila aku teringat kembali akan mereka, ku lihat mereka sudah saling gigit-menggigit antara satu sama lain. yg kelakarnya, beberapa saat yg pertama, mereka x dapat dipisahkan. mulut Alex terlekat pada mulut Ben. mereka bergaduh,sampai susah utk dileraikan. err...bila difikirkan kembali, mungkinkah mereka bercium???nay...tidak mungkin!hehe...takkan gay pulak ikan2 aku ni...

akibatnya, setelah 'pegangan-mulut' mereka terlerai, aku terus memasukkan Ben ke dalaam balangnya yg telah dibasuh. ku biarkan Alex hidup aman buat sementara waktu di dlm periuk tu stlh aku memindahkan Ben. er,sebenarnya, balang Alex belum dibasuh, terlalu kotor. jadi aku biarkan dulu dan kembali kepada pekerjaan asal yg aku lakukan sebelum itu.

tinggallah Alex dan ben berjauhan. pagi tadi, aku masih belum menukar Alex ke dlm balangnya sampai ke petang. hajat di hati, mungkin malam ini kubasuh balangnya sblm memindahkannya ke tempatnya yg asal. tapi tak kusangka malang tidak berbau. sekembalinya kami dari bandar pd waktu petangnya, hubby dgn tidak malunys ;p meminta aaku mengisikan soto ke dlm mangkuk buat dinner. kebetulan periuk yg mengisikan Alex berdekatan dgn kuah soto di atas dapur. semasa mengisikan kuah soto ke dlm mangkuk, sedikit kuah soto jatuh ke baju dan ke lantai. risau memikirkan seluarku juga mungkin kotor terkena kuah, aku memandang bwh melihat seluar. tak kusangka...bukan seluar yg menjadi perhatian, sebaliknya Alex yg terlantar kekeringan di atas lantai.

terus aku menjerit, 'abang!!! tgk ni!!!' suamiku terkejut melihat aku yg melompat2 tanpa tujuan. hubby dtg dekat dan mengambil Alex di atas lantai.rupa2nya alex melompat dr periuk jatuh ke lantai. dlm terkejut, ku fikirkan Alex sudah mati. Alex kering dan x begerak2 lagi semasa di atas lantai. sedih aku melihat. tanpa membuang masa, dgn kesedihan yg ketara, kusuruh hubby membuang Alex ke dlm tong sampah. tak sanggup ku lihat Alex mati di depan mata lama2...

tapi hubby buat sebaliknya. diletakkan Alex kembali kedalam periuk sementara Alex. kusangka mati,Alex terapung-apung. namun x lama kemudian, Alex membuat buih2 air yg keluar dr insangnya. ku tanya hubby, Alex hidup lagi kah. hubby cakap, 'mcm hidup lagi, tapi mungkin suffer from brain damage sbb hypoxia kekurangan oxygen sms terlantar di atas lantai'. ku pasrah...

namun x lama kemudian, Alex makin menunjukkan recovery. response kepada pergerakan air membuatkan Alex bergerak sedikit demi sedikit. mula2 terapung, tetapi kemudiannya mampu berenang kembali slps diransang dgn pergerakan air. aku terharu, dan bersyukur.

hubby bagitahu, 'biarkan Alex buat sementara waktu. Alex mungkin masih lemah dan memrlukan waktu utk kembali seperti dulu. Alex mungkin suffer from brain damage too ;p'.

hehe...aku mendoakan agar Alex kembali sembuh. tak sanggup kehilangan Alex. setelah setahun lebih bersama kami, aku mengharapkan pengakhirannya bukan semacam ini. Alex, hiduplah...survive for me, please....

p/s: adakah masih ada harapan di hujung perjalanan??ya Allah, hanya Engkau tempat kami memohon, Engkau yg menghidupkan dan Mematikan... hidupkan ikan aku ya Allah...

updated
Alex is pronounced dead at 21.52pm 20/4/09, half an hour after the injury.
no movement noted, no pulse, no sign of respiration, no corneal reflex, and no response to pain. (cam x pronounce org mati je).sedih =(

Ben surely misses Alex after this. dah xde teman gaduh.

hubby kata nak goreng Alex. nehihe..taknak...biarla Alex bersemadi dgn aman. huhu...

Alex pergi dan takkan kembali... Innalillahi wainna ilaihi Roji'un...

No comments: