semalam, sambil2 ke bandar mengepos surat, singgah sekejap di Dunnes Stores utk membeli udang, crab stick, smoked salmon dan timun utk menu makan petang smlm iaitu sushi. tiba2 teringin nak makan sushi. tak tahu kenapa, kebelakangan ini, asyik memikirkan psl mknn saje. lepas satu, satu. asyik nk mkn....
usai membayar di counter, terdetik di hati kenapa mahal benar harga semua brg2 yg dibeli td. dijangkakan kurang daripada 10 euros, tetapi bila dibayar, harga total utk semua barang adalah 11 euros. bila diteliti resit pembayaran, rupa-rupanya ada kesilapan. udang yg sepatutnya separuh harga kepada 2.50 eur, tetapi dicharge harga asal iaitu 5 euros.
di counter customer service, barang di check kembali harga dan menyedari kesilapan di pihak mereka, bukan sahaja 2.50eur extra price-charged dikembalikan, tetapi sebaliknya, 5 euros dikembalikan beserta dgn udang sekali. kiranya, udang dapat free tanpa dikenakan sebarang bayaran. untungnya..
sebenarnya, sudah bebarapa kali kejadian seumpama ini terjadi kepada kami. yg bestnya, policy perniagaan di sini, sekiranya salah charge harga di pihak mereka,mereka bukan sahaja mengembalikan duit kami, tetapi kami dibagi harga bayaran penuh yg dibayar beserta dgn barang, seolah2 barang yg dibeli adalah free. tanpa sbrg bayaran dikenakan utk barang, kerana kesilapan di pihak mereka.
alangkah baiknya jika policy yg sama diguna-pakai di Malaysia..
bila suami diberitahu ttg apa yg terjadi, suami bertanya balik, 'laa...apasal awak x pegi amik udang satu lagi??sure dapat free'.hehe...
ada-ada aje idea suami, katanya, 'apa kata esok sy pegi beli udang satu lagi?? kalau diorg salah harga lagi, bleh dpt udang free'. suamiku suamiku...hehe...
~~~~~~~~~~~~
hari ini pula, selepas appointment dibuat dgn GP, ujian darah akan diambil utk OGTT (oral glucose tolerance test) pagi ini. dari 12 malam smlm berpuasa, perut loya bukan main pagi ini sbb kosong. sudah kebiasaan, waktu2 pagi begini mmg perlu utk aku menjamah sedikit makanan bagi mengelakkan perut kosong dan drpd empty retching yg mengakibatkan muntah di pagi hari. akibat berpuasa dr smlm, pg ini, aku sudah muntah sekali. tak sabarnya nakgi jumpe GP utk diambil darah. kalaulah aku ada botol darah, jarum, syringe sendiri, sudah lama aku amek darah sendiri...haha...dah diri-sendiri doktor, amek darah ni pekerjaan rutin. wajib amek darah setiap hari kalau bekerja di hospital...
harap2nya aku tak adalah Pre-gestational/gestational diabetes.
sebenarnya, ujian ini disarankan oleh Prof Greene, consultant obstetrician, ketika kali pertama aku berjumpa dengannya pd 12 minggu umur kandunganku. katanya, sbb baby afnan kecil, dgn berat yg hanya 2.88 kg, walaupun itu mungkin disebabkan oleh keturunan dan bangsa Asia, beliau berpendapat, mungkin juga kandunganku dulu mati disebabkan IUGR (inta-uterine growth retardation). sebagai langkah awal, penting bagi aku utk membuat OGTT test ini utk meng'outrule' diabetes sebagai salah satu faktor punca kpd apa yg telah terjadi.
jadinya, itu sebab aku kene jalani ujian OGTT hari ini. argh...x sabarnya nak gi antenatal check up isnin depan. nak scan tgk baby sekali lagi...
p.s:yaAllah, susahnya nak tulis dlm bahasa melayu formal,penat cari perkataan sesuai, haha
No comments:
Post a Comment