Sunday, June 28, 2009

14 days...

~~~ibu~~~~

semalam, ibu menghadapi sedikit salah faham dgn ayah. buat ibu sedih sepanjang hari hingga ibu terlupa utk membilang bilangan pergerakan baby. maafkan ibu sayang. fikiran ibu serabut. hati ibu sedih. ibu menangis kan syg? baby ingat lagi tak suara esakan ibu, ibu menangis panggil baby...

semalam, blog ibu dikritik oleh ayah. ayah kata, 'jgn bagitahu semua org ape yg berlaku melalui blog awak, kalau awak nak jaga hubungan perkahwinan kita!'. ibu sedih. ayah bukan berusaha memujuk ibu atas apa yg berlaku semalam, malah ayah tambah menyakitkan hati ibu dgn mengkritik ibu. ibu hanya bercerita yg benar. em...maybe juga salah ibu kerana memaparkan suatu yg x sepatutnya dipaparkan kepada umum. salah ibu kerana ibu bercerita tentang rajukan ayah yang menyebabkan ibu terasa. salah ibu kerana ibu bercerita apa yg sebenar terjadi. entahla...kdg2 ibu x tahu dimana utk meluahkan segala luahan hati ibu ini. kepada blog, dilarang oleh suami. nasib baik baby jugak yg ada...ni yg buat ibu syg baby ni. baby jd teman ibu ye. bila ibu terasa ibu keseorangan, ibu lupa, ibu sebenarnya ada baby. dan abang Afnan. ibu ada anak2 ibu. ibu x keseorangan sebenarnya....

semalam, ibu hapuskan blog lama ibu, ibu tukar addresss ibu ke alamat skrg. biar hanya ibu seorang yg menulis dan membaca. ibu xnak semua org tahu perasaan hati ibu. nanti bila baby dh besar, baby boleh baca blog ibu ini. sekadar luahan hati ibu. jgn bagitahu ayah ye syg. nanti ayah marah ibu lagi. blog ini rahsia kita, ok! kalau2 ibu x ada nanti, baby bace blog ibu ni ye syg. ibu nak baby tahu ibu syg baby sgt2!!!ibu syg ayah juga walau apa yg berlaku!!

No comments: