Saturday, June 27, 2009

Luahan hati...

kebelakangan ini, terasa diri sgt terabai...terasa hati dan perasaan seakan tak dipeduli. sakit hati ini tak dihiraukan. secebis hati ni dirobak rabekkan tanpa ada yg sudi memujuk. kadang2 menangis sendiri dgn berkata, 'aku yg salah. aku yg tak betul.aku yg terlalu mengambil hati. aku yg tak sepatutnya melakukan ini dan itu. aku dan aku si culprit itu!!'

makin melewati usia kandungan yg sarat,isteri yg mempunyai suami yg penyayang pasti memahami, ada hati perlu dijaga kerna saat2 ini saat yg penting utk isteri.isteri perlukan sokongan, bantuan, bukan sekadar pertolongan fizikal,tapi juga emosional. isteri perlu kata2 sayang seorg suami, kata2 semangat, utk isteri menghadapi ms depan yg tidak pasti.

dan masa2 ini bukan masa utk seorg suami merajuk dgn isteri atas hal remeh temeh.

suami sepatutnya memahami, isteri utk dibelai,dimanja,dan dipujuk.dibetulkan kalau tersalah arah. isteri yg dihalusi dgn kata2 nasihat pasti menerima kata2 suami dgn hati terbuka.isteri yg mithali pasti akan berkata, 'terima kasih sayang kerana membetulkan'

dan kalau isteri menegur suami atas sesuatu jalan yg betul kerana Allah,suami harus menerima dgn hati terbuka. bukan dgn cara merajuk. bukan dgn membuatkan isteri rasa serba salah, betulkah tindakannya. perlu difikir rasionalnya. jgn kerana ego semata, sbb isteri yg menegur, hati isteri didera. lagi2 di kala isteri hanya menunggu masa utk melahirkan si putera hasil perkongsian berdua. hati isteri sgt lemah. hanya menunggu belah.

suami harus memahami, isteri kdg2 bukan isteri yg unggul. tapi hanya cuba melakukan yg terbaik utk yg tersayang. isteri cuba, dan cuba, dan cuba untuk memahami suami...walaupun suami kdg2 membiarkan isteri sendiri memujuk duka lara di hati.walaupun bukan salah si isteri...isteri juga yg dipersalahkan. entahla..

karenah suami dan isteri. kdg2 payah utk memahami. hanya berdoa moga suatu hari, moga sejuk sendiri. isteri berusaha memujuk, tapi suami masih degil dgn rajukannya...
biarlah... biarlah...biarlah...

No comments: