Monday, December 26, 2011

.adik dan abang dah besar.






adik dah besar...dah 8 bulan..lusa adik cukup 9 bulan...adik dah boleh buat macam2...dah pandai babai,buat muka cute,pandai mengikut orang, suka senyum sampai skrg. skrg, ibu dok tunggu bile adik nak jalan je. adik macam gaya akan jalan lebih cepat dr abang sbb skrg ni pun,adik dah berani berdiri lepas tgn. ibu risau juga sbb adik kerap jugak jatuh dan terhantuk kepala ke lantai sbb tindakan berani adik. tapi adik selalu nangis kejap je.adik dah tumbuh gigi dua batang bahagian bawah sbb tu adik suke gigit ibu. sakit adik tau. adik suka tido lambat mcm abang. selalu ibu yang tidur dulu baru adik tidur. bile ibu tersedar,tengok adik dah tertidur atas lengan ibu,tak pun kat tepi ibu.

abang pula, habis berparut tangan sbb abang kulit sensitif. kalau kene gigit nyamuk sket pon,abes berkudis tangan. pas sembuh,pasti tinggal parut.sian abang,skrg ni pon asyik menggaru2 bile tidur. terpaksa ibu beli 2-3 helai baju lengan panjang bagi abang pakai bile nak tidur supaya abang tak menggaru. yang kesiannya lagi,abang kalau dh meggaru, pasti berdarah...alahai anak ibu sorang ni.sian abang haikal...abang haikal ni dah banyak cakap skrg,cakap x berenti. tokma pon penat melayan keletah abang haikal skrg. kadang2 ibu ade juga marah abang bile abang kacau adik,ibu mintak maaf ye syg...nakal sgt,sbb tu ibu geram...hehe...okayla...sekian dulu utk kali ni...mls nak online lama2, penat mata..till then,slan go foil!!

Tuesday, November 1, 2011

najya @7 months...



najya is already 7 months old on last 28th october...guess she's growing faster than i remember...

she started crawling and pull herself into standing position at the age of 6mths. she also started standing by supporting herself onto something and cruising at the age of 6 months plus. mama,abah,che and abah all said that she mastered them earlier than other kids. i guess she will walk sooner than abang haikal too. one of the reasons she did it quicker than others is because to develop her defence mechanism. as abang always play rough with her, she need to protect herself. she need to crawl to run away from abang haikal who is always find ways to disturb her..:P

najya is having fever today, so me and hubby took EL to look after her. even though she's ill with high temperature, she is always smiling. unlike abang haikal who will be cranky when sick, najya is easy to manage except that she will look tired than usual with no interest in playing with others.

najya, known as smile kid, will always smile to anybody including strangers. her smile never fail to brighten up my day...hoping for her quick recovery from this fever, ya Allah ,please grant her health,ameen...

Wednesday, July 27, 2011

Nak diet!!!

my weight has gone up again.

oh nooooooooooooooooooooo!!!

i was 75kg at term carrying najya.

went down to 65kg post delivery. yes,65 kg.

after confinement, my weight slowly gone down...and at one time, it went to 60kg.

i was hoping it would go down further.

today, i am sooooooooooooooooooo frustrated! my weight has gone up again to 61 kg. arghhh!

it must be because of working. yes i ate a lot when i work. especially when the department held a lot of makan2, and i have partners when eating.ah...that must be it.

so, need to start dieting now! yes, NOW!! huhu...must be slimmer by ciklong's wedding. chaiyok!!!go fizah go. aim 56kg post ramadhan.insyaAllah...

Finally... 2 years old!!






haikal menyambut hari lahir keduanya bulan ini. kami pada mulanya 'menempah' cuti pada tarikh hari lahir haikal untk menyambutnya bersama, namun takdir Allah, ayah pula tak dapat cuti sbb ayah kene cover doktor lain yg berkursus. frust pon ada juga, tapi apa nak buat, kami kan penjawat awam. jadi ibu pon sama tak ambil cuti, sbb kami nak cuti bersama2 kalau boleh.

jadi,pada 13hb Julai 2011, haikal tetap juga ke nursery semasa ayah ibu keluar bekerja. hanya pada malamnya baru kami bersama2 makan pizza hut delivery yg dihantar terus ke muka pintu rumah. kenapa tak makan di luar?kami sudah berkira-kira, kalau makan di luar pasti payah dgn budak berdua ini. masa haikal seorang dulu pon,kami dh pening nak layan. ingat lagi ms kami makan kat pizza hut dulu, haikal siap muntah lagi dlm kedai. ada juga kami yg tak lalu makan sbb melayan haikal yg menjelajah segenap ceruk pizza hut tu. jadi,mengambil jalan selamat, kami makan kat rumah saja. tokma to bah, che tok abah pon tak ada masa itu utk menyambut birhday haikal.

hujung minggu yg sama pada 15 julai, kami membuat makan secara kecil-kecilan. asalnya utk menempah,tapi tokma terlalu sayangkan cucunya ini terus menawarkan diri utk memasak nasi dagang special tokma. walaupun baru pulang dari kuala lumpur ketika itu, tokma terus berusaha utk memasak nasi dagang dan laksa, juga bubur jagung spesel tokma. alhamdulillah,semua siap on time.ibu menolong2 apa yang patut, head chef nye pastilah tokma.

kami hanya mengajak yg dekat sahaja di sekitar kota bharu ini. tok ayah mie n family, ayah mien and family, che abah n family, juga mokmuda nabihah and family. tak ramai. jiran2 berdekatan pon diajak cuma ramai yang tak ada kt rumah sewaktu kami menjemput. alhamdulillah,haikal dpt 2 kek tahun ni, satu ayah beli dkt secret recipe,satu lagi ayah mie yg kasi. alhamdulillah.

ibu tak beli lagi hadiah utk haikal. ayah dah beli kerete transformers kecik, rm 10 utk 2 biji. haikal yang pilih sendiri. ayah cadangnya nak beli yg lagi besar, tapi haikal berkeras nak yg kecik itu jadi ayah terpaksa turutkan. rupa2nya kerete tu mmg haikal suka.asyik dok pegang aje,tak boleh lepas. tidur pon masih dipegang. tokma siap bercerita yang tokma yg terpaksa memegang botol susu haikal swaktu haikal minum susu sbb kedua-dua belah tangannya penuh memegang kereta kecik itu,setiap satu utk sebelah tangan. hihi. haikal ni..

alhamdulillah...ibu bersyukur anak ibu ini sudah 2 tahun umurnya. semoga selalu sihat ye sayang, besar2 nanti jadi anak soleh, budak baik dan genius ye sayang? ibu sayang anak ibu yang ini. walaupun ibu kadang2 marah dan serabut bila abang haikal kacau adik najya, dlm hati ibu tetap bersyukur yang ibu dikurniakan anak yg aktif mcm abang. haikal la penawar sedih ibu bila abang afnan takde. ibu masih ingat lagi airmata panas yg mengalir di mata sewaktu mendengar jeritan tangis haikal sewaktu ibu di dewan bedah. ibu tgk ayah,ayah tersenyum sambil keluar airmata.ibu terus teresak2 gembira. alhamdulillah.

sekarang anak ibu sudah 2 tahun. dah makin nampak interested utk membaca. bila ibu tunjuk gambar cat, terus haikal sebut ' meoww', bila ibu tunjuk gambar burung, haikal terus sebut 'bird'. bagus anak ibu. tgk gambar ikan, haikal terus sebut 'pish' hehe..fish ye sayang, bukan pish..

masih banyak benda dalam dunia ini utk haikal teroka. ibu akan sentiasa berada di sisi haikal ye sayang. ibu sayang sangat kat anak ibu ni. maafkan ibu ye sayang kalau ibu buat salah kat haikal ye sayang..

anyway, happy 2nd birthday my lil son. we love u to bits! hugs from ibu and ayah...