Showing posts with label nur najya tasneem. Show all posts
Showing posts with label nur najya tasneem. Show all posts

Monday, December 26, 2011

.adik dan abang dah besar.






adik dah besar...dah 8 bulan..lusa adik cukup 9 bulan...adik dah boleh buat macam2...dah pandai babai,buat muka cute,pandai mengikut orang, suka senyum sampai skrg. skrg, ibu dok tunggu bile adik nak jalan je. adik macam gaya akan jalan lebih cepat dr abang sbb skrg ni pun,adik dah berani berdiri lepas tgn. ibu risau juga sbb adik kerap jugak jatuh dan terhantuk kepala ke lantai sbb tindakan berani adik. tapi adik selalu nangis kejap je.adik dah tumbuh gigi dua batang bahagian bawah sbb tu adik suke gigit ibu. sakit adik tau. adik suka tido lambat mcm abang. selalu ibu yang tidur dulu baru adik tidur. bile ibu tersedar,tengok adik dah tertidur atas lengan ibu,tak pun kat tepi ibu.

abang pula, habis berparut tangan sbb abang kulit sensitif. kalau kene gigit nyamuk sket pon,abes berkudis tangan. pas sembuh,pasti tinggal parut.sian abang,skrg ni pon asyik menggaru2 bile tidur. terpaksa ibu beli 2-3 helai baju lengan panjang bagi abang pakai bile nak tidur supaya abang tak menggaru. yang kesiannya lagi,abang kalau dh meggaru, pasti berdarah...alahai anak ibu sorang ni.sian abang haikal...abang haikal ni dah banyak cakap skrg,cakap x berenti. tokma pon penat melayan keletah abang haikal skrg. kadang2 ibu ade juga marah abang bile abang kacau adik,ibu mintak maaf ye syg...nakal sgt,sbb tu ibu geram...hehe...okayla...sekian dulu utk kali ni...mls nak online lama2, penat mata..till then,slan go foil!!

Tuesday, November 1, 2011

najya @7 months...



najya is already 7 months old on last 28th october...guess she's growing faster than i remember...

she started crawling and pull herself into standing position at the age of 6mths. she also started standing by supporting herself onto something and cruising at the age of 6 months plus. mama,abah,che and abah all said that she mastered them earlier than other kids. i guess she will walk sooner than abang haikal too. one of the reasons she did it quicker than others is because to develop her defence mechanism. as abang always play rough with her, she need to protect herself. she need to crawl to run away from abang haikal who is always find ways to disturb her..:P

najya is having fever today, so me and hubby took EL to look after her. even though she's ill with high temperature, she is always smiling. unlike abang haikal who will be cranky when sick, najya is easy to manage except that she will look tired than usual with no interest in playing with others.

najya, known as smile kid, will always smile to anybody including strangers. her smile never fail to brighten up my day...hoping for her quick recovery from this fever, ya Allah ,please grant her health,ameen...

Wednesday, July 27, 2011

4 Bulan



anak perempuan ibu sudah empat bulan. bahagianya ibu melihat anak ibu membesar. najya sudah banyak melakukan perubahan

1. dari kecil 3.6kg semasa lahir, sewaktu 3 bulan sudah 7.2kg. 4 bulan umurnya ini,taktahulah berapa beratnya. yang pasti lagi berat dari sebelum ini. sekarang, mampu dukung sekejap2. kalau dukung lama, pasti lenguh2 tangan ini

2. sudah boleh meniarap. dari 3 bulan setengah lagi najya boleh meniarap walaupun seawal 3 bulan lagi najya menunjukkan tanda2 untuk boleh meniarap tapi tidak berjaya sehinggalah umurnya 3 bulan setengah. bila meniarap, kakinya menguis-nguis sehinggalah kadang2 dia beranjak ke hadapan. bahaya betul sekarang kalau najya ditinggalkan seorang di atas katil. takut jatuh katil!

3. dah pandai bercakap2 seorang. lagi2 kalau tinggal seorang tidak dilayan. mulalah dia mengomel dalam bahasa dia utk attention. pandai ketawa juga. dah pandai main2 agah2 sekarang. pasti ketawa mengekek.

4. sewaktu masih kecil lagi najya suka senyum. sampai skrg pon masih senang senyum. kwn2 MO pun berkata yang sama sewaktu berjumpa najya di bilik oncall tempohari ketika najya dan abang menemani ibu oncall.

5. dah pandai main dgn abang walaupun masih lagi berhati2 bila abang berada berhampiran. takutnya pasti ada sbb abang suka mengacau adik sampai kadang2 najya menangis dgn kuat. abang pula pasti makin galak buat adik menangis. ibu merasakan adik najya ni sangat sensitif orangnya sbb bila abang bercakap kuat di telinganya,dia pasti menangis seolah2 orang memarahinya walaupun abang hanya mengacau tidak bermaksud utk memarahi.

6. sungguh sedap dan gebu badan najya yg kecik ini. baju2 semua sudah tidak muat,terpaksa ibu membeli baju2 baru utk adik yg membesar.ingin memakaikan baju abang tapi baju abang terlalu kelelakian.byk jeans2 abang ibu tak mahu pakaikan utk najya. tapi ibu tidak kisah kalau sekadar kaler biru utk najya, sbb sedari kecil mmg najya selalu pakai baju abang. syg juga kalau baju abang tak digunakan. tapi kalau baju yg terlalu lelaki eg seluar jeans, tak bolehlah..

7. najya sudah pandai mencapai barang. apa2 barang hatta rambut kita sekalipun, pasti diambil/ditarik ke mulutnya. aduh,kadang2, baru perasan ada 2-3 helai urat rambut di tangannya yg pasti sudah masuk ke mulut. semuanya dimasukkan ke mulut. sekrang pon dah pandai menarik spec ayah. kelakar. teringat time2 abang haikal kecil dulu, sama macam najya sekarang ;)

apa lagi ye?yang pasti setiap perkembangan najya ibu nantikan dgn hati yg gembira. anak ibu dah besar.suatu hari nanti bile ibu baca balik blog ini, ibu pasti tersenyum mengingatkan najya. semoga jadi anak solehah ye sayang! ameen


Tuesday, June 21, 2011

SSPN

najya and haikal dah enroll for SSPN. skrg tgh tunggu kad aje ...


Info for SSPN-------------------------------

SOALAN LAZIM > Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN

Soalan Lazim berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN.
01.
Apa itu Skim Simpanan Pendidikan Nasional?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN kepada ibubapa bagi membolehkan mereka membuat perancangan kewangan yang rapi khusus bagi maksud pendidikan tinggi anak-anak mereka. Melalui SSPN para ibubapa boleh membuat simpanan sedikit demi sedikit bermula daripada anak masih kecil lagi dan dengan itu segala masalah dan kesulitan kewangan setelah anak-anak mereka melanjutkan pengajian ke IPT akan dapat diatasi. Ini bermakna SSPN akan membantu menjayakan cita-cita dan pengharapan setiap ibubapa untuk melihat kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan.

02.
Bagaimanakah skim ini boleh memberi manfaat kepada anak-anak saya?

Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah :-

Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan daripada PTPTN apabila mereka diterima masuk ke IPT;
Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan kematian diberi secara percuma kepada pendeposit yang layak;
Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran;
Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada pindaan Akta 566); dan
Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan atau matching grant yang bersamaan dengan jumlah simpanan.

03.
Adakah pendeposit diberi keutamaan untuk diberi pinjaman pendidikan sekiranya beliau adalah ahli SSPN dan adakah terdapat sebarang yuran tahunan atau caj lain?

Pendeposit SSPN akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN (sekiranya memohon). Tiada sebarang yuran/caj tahunan dikenakan kepada pembukaan akaun SSPN.

04.
Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar skim ini dan berapakah jumlah minimum deposit yang perlu & apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?

Pembukaan akaun boleh di buat di mana-mana cawangan Bank Bumiputra-Commerce, BSN, Bank Pertanian, atau Bank Rakyat. Deposit minimum ialah sekurang-kurangya RM20. Dokumen yang perlu disertakan - salinan kad pengenalan ibubapa, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran anak, dan slip gaji/akaun pendapatan ibubapa.

05.
Adakah wajib saya menambah simpanan setiap bulan?

Penambahan deposit SSPN boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan jumlah deposit mestilah tidak kurang daripada RM20 pada setiap kali membuat deposit.

06.
Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menyertai SSPN?

Terdapat 2 syarat utama yang diperlukan di dalam menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu:

Ibubapa atau penjaga warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang berumur antara 1 hari hingga 18 tahun semasa membuka akaun.
Semua bukan warganegara atau penduduk tetap tidak layak untuk menyertai SSPN.

07.
Berapakah pendapatan maksimum untuk layak memohon skim simpanan pendidikan nasional (SSPN)?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah layak untuk disertai oleh seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira had pendapatan.

08.
Adakah terdapat sebarang syarat- syarat tambahan yang dikenakan sekiranya penerima manfaat adalah bukan anak kandung tetapi adalah anak angkat?

Pembukaan akaun bagi anak angkat mestilah disertakan dengan surat/dokumen yang menyatakan bahawa anak tersebut adalah di bawah jagaan pendeposit yang sah.

09.
Apakah syarat-syarat bagi pendeposit untuk layak menerima manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian secara percuma.

Pendeposit mestilah mempunyai baki minimum akaun SSPN berjumlah RM1,000 pada setiap masa.

10.
Siapakah individu-individu yang dirangkumi di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian?

Individu yang terlibat di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian dan pecahannya adalah seperti berikut:

Pendeposit akan mendapat perlindungan dan khairat kematian.
Penerima manfaat akan hanya mendapat khairat kematian sahaja

11.
Berapakah jumlah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian yang diberikan?

Bagi Perlindungan takaful akan mendapat sehingga RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan. Manakala bagi khairat kematian akan mendapat bayaran sebanyak RM 1,000.

12.
Apa akan berlaku kepada wang simpanan sekiranya pendeposit meninggal dunia dan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil?

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, wang simpanan SSPN akan dilindungi oleh insurans yang menyediakan manfaat perlindungan serta khairat/pampasan kematian. Sekiranya sesuatu berlaku kepada pendeposit(ibubapa), anak dan pewaris yang dinamakan, mana-mana waris atau saudara-mara boleh menuntut wang tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan serta dengan mengemukakan bukti/dokumen yang diperlukan. Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat, maka wang tersebut akan diuruskan mengikut undang-undang serta peraturan yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

13.
Pada masa bilakah dan bagaimanakah geran sepadan ini diberikan kepada pendeposit?

Geran sepadan hanya layak bagi keluarga yang berpendapatan isirumah (bulanan) RM1,200 dan ke bawah. Pengeluaran geran sepadan hanya boleh dilakukan apabila penerima manfaat/anak diterima masuk ke IPT.

14.
Berapakah had minima dan maksima geran tersebut akan diterima oleh mereka yang layak?

Geran Sepadan dihadkan kepada maksimum RM10,000 bagi setiap pendeposit (ibubapa) tanpa mengira bilangan akaun SSPN yang dibuka untuk setiap anak.

15.
Adakah geran sepadan yang telah diberi tersebut perlu dibayar balik dan berapa lamakah untuk tempoh bayaran balik?

Geran Sepadan adalah pemberian percuma Kerajaan dan tak perlu dibayar balik. Walau bagaimanapun, Geran Sepadan hanya boleh dikeluarkan sekiranya anak diterima masuk ke IPT.

16.
Apakah syarat-syarat pengeluaran simpanan?

Pengeluaran hanya boleh dibuat setelah setahun menyimpan di dalam SSPN. Terdapat dua kaedah pengeluaran yang dibenarkan iaitu:

Pengeluaran 10% dari baki akaun atau RM500.00 setahun, manayang terendah; dan
Pengeluaran 100% daripada baki akaun jika memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:


jika anak diterima masuk ke mana-mana IPT;
jika anak meninggalkan secara sukarela atau dibuang daripada institusi pendidikan;
jika anak mengidap penyakit yang tidak boleh sembuh sebagaimana yang diperakukan oleh doktor perubatan kerajaan;
jika anak menghidapi keilatan keseluruhan kekal sebagaimana yang diperakukan oleh doktor perubatan kerajaan;
jika anak meninggal dunia; atau
jika pendeposit meninggal dunia.
Pada peringkat permulaan semua permohonan pengeluaran hendaklah dikemukakan terus ke Pejabat PTPTN.
17.
Berapakah kadar keuntungan atau dividen yang dikatakan sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran? Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pasaran?

Tiada sebarang kadar dividen yang telah ditetapkan, walau bagaimanapun, kadar dividen yang dijanjikan ialah sekurang-kurangnya setara dengan kadar dividen pasaran skim simpanan yang ditawarkan oleh oleh bank-bank dan institusi kewangan tempatan.

Sunday, June 19, 2011

Najya and BF

next week i'll start working again after 90 days maternity leave plus an extra 2 weeks of annual leave+ cuti khas PSY. since the last couple of weeks, i've been pumping and freezing the EBM, getting ready the milk stock before the work journey starts.

alhamdulillah. EBM stock is increasing. today is the first day najya had to taste her EBM after i left her with Kak Tah, our new babysitter as i had to go out shopping for groceries. according to K.tah, she rejected it at first, but after few pushings, she drank the milk half-heartedly not finishing the 2.5 oz given in the bottle. i guess, the milk and the teat taste different than usual.

najya will be 3 months this coming 28th. and on the same day, i'll start working again.i really feel so hard to leave the leisure and pleasure feeling of not working.but time really envy us, dont u think???it flies so fast... what to do?!! got to work to earn some money...huhu..

Tuesday, June 14, 2011

Haikal 23 months

Haikal 23 mo



haikal dh jadi budak besar dh skrg. budak manja dan juga budak nakal. budak yg kadang2 buat kite senyum dan ketawa, tapi kadang2 budak yg buat kite marah dan geram juga. budak yang jealous kat adik jugak. budak ni cepat belajar dari persekitaran. cepat nak meniru. dr bulan lepas lagi, die dah pandai melompat dua belah kaki.asal2 dulu2 melompat angkat satu kaki je. well, he hit another milestone. tq Allah. haikal ni rapat sangat ngan tok abah dan tokma die. kat sblh ibu pon, tokabah ngan nenek selalu rindu kalau lama x jumpa. maklumla cucu sulung lelaki 2-2 belah. sayangnya lebih dari org lain. najya pon x boleh challenge abang haikal. huhu..

tapi kasih sayang ibu ni, takde lebih takde kurang. anak2 semua dapat kasih sayang sama rata. garang pon tetap sama. sbb tu kalau ibu marah, haikal akan mengadu dkt tokma tokabah. sian betol kadang2 kat dia. kalau tokma takde, mula mencari2 dan sebut nama. rindu kat tokma. tapi bile die nakal eg nak pukul adik, ibu dan ayah pasti marah.

skrg adik pn dah trauma kalau abang duduk dekat2. cepat aje nak menangis. abang sentuh/pukul sikit2 pon dah terus menangis kuat. takut adik najya kat abang. kesian pulak rasanya. abang pulak x boleh dipersalahkan sbb masih kecil, masih x paham lagi yg die dah jadi abang dan tugas abang kene la protect adik, bukan pukul adik. haikal masih seeking attention wherever he went. dalam kereta pon, kalau adik nangis, cepat2 die dok atas riba suruh attend die instead of adik. kalau pegang adik, kene jugak pegang die.

kadang2 die geram kat adik, ade jugak cubaan2 utk memukul adik... kesian adik. dan kesian kat abang haikal juga. seeking attention sbb die rasa org syg adik lebih daripada die. '1st child syndrome' ke ni?? ehe...ibu actually loves both of u dear...equally...


haikal dan najya di majlis pertunangan ciklong 11/6/2011 di putrajaya

Najya 2/12 mo

najya pon dh gain head control skrg, dah takde head lag. asyik nak bangun aje, taknak baring. berat pon dh nak sama ngan ameerah anak mokda yg umur 6 bulan padahal die baru 2 bulan setengah. tidur pon suka meniarap skrg.

takut kat abang. cepat alert dan terus menangis kuat bila abang around and kacau die. skrg ni lenguh kalau pegang/riba/dukung najya lama2. budak chubby betul ni... sayang najya...sayang abang haikal juga...

Tuesday, May 31, 2011

yay!

i've completed my to-do list in the last couple of days including today.

my to-do list was as below:
1. to register Haikal and Najya for SSPN (done yesterday)
2. to buy clothes for baju raya (only bought for me yesterday, will search for abang, haikal and najya later before starting work)
3. to register Najya for Tabung Haji (done yesterday)
4. to bank in Haikal's coins (done yesterday)
5. to ask about unpaid leave,get the form and submit it( done today, but havent submitted the form, need to think twice about it as it will affect kenaikan pangkat etc)

my yet-to-do list
1. daftar haji for abang and me
2. buy kain baju melayu for abang and haikal
3. sewing! (kain dah potong)
4. hantar borang if i were to take the unpaid leave
5. find a MAID (hohoho, this is the most important part, huhu)

hm... relieved! so, now najya and haikal both have SSPN,Tabung Haji, and Insurance. glad. =))

Sunday, May 29, 2011

macam-macam Najya


Najya tidur lena slps meragam semalaman

abang sayang adik

najya di PCB

Najya tidur lena di Kenny Roger's

Wednesday, May 25, 2011

Najya's 2nd check-up

today, i went for 2nd check-up for najya. Najya is already 2 months old!! ( well, to be exact, 8 weeks and 4 days. ehe.

went there alone by car. my first time driving after confinement ended. she was well behaved throughout our short journey there. pity her, i put her on 2layers cloths, and i am sure she was sweating a lot under the sun when i have to walk from the place i parked my car to the klinik kesihatan.

they weighed her again, and she is already now 6kg! 1 kg gained in a month.wow! she sure likes my milk so much! ehe...they also measured her height (read:length) and she is already 58cm,3 cm longer than during her birth.

i fed her once while waiting for her to be seen. and she was really good, except when she was hungry for milk, the rest of the time she was sleeping soundly. good for me since i have to handle her alone. no nenek this time as nenek went to Miri sarawak.

hm..i'm glad she's growing to be a healthy girl. now, i am just hoping she doesnt develop temperature as she had her MMR 1st jab today!!!

well done my daughter...loves u sooooo much!!

Saturday, May 14, 2011

projek penat




projek penat yang pertama utk najya sempena meraikan ibu yg baru abis pantang dan juga utk membawa najya berjalan2 melihat dunia. alhamdulillah, nasib baik dua-dua abang dan adik baru kebah demam walaupun badan masih suam-suam. ayah pulak dah tak dpt hari lain utk cuti, terpaksa juga cuti kali ni. dalam kepala, byk tempat ibu nak pergi, tapi memikirkan 2 anak2 yg masih kecil ini, juga penginapan di Bukit Merah Laketown Resort yang telah dibeli sejak November lepas, rasa rugi pula kalau tak menggunakan kesempatan kali ini utk pergi ke sana sekali lagi. lagipulak, tarikh luput penginapan itu pon makin dekat, dan ayah pulak susah dah nak dapat cuti lainhari.jadi, projek penat kami kali ni ke Bukit Merah Laketown Resort. tak pegi pon water themepark kali ni sbb dh pegi bulan 1 aritu. kali ni kami hanya melawat Zoo Taiping bersama Haikal dan Najya. jalan2 macam ni pon dah terasa sgt kepenatannya, lagi2 dgn 2 kanak2 yg berumur 7 minggu dan 22 bulan ni. penat!!! ayah pon kate bende same..hehe...nak buat camana..ni baru 2, kalau 3 nanti, lagi penatttt!!!!!!!!!hehe...

Tuesday, May 10, 2011

najya demam!

she was well yesterday, and sadly today she becomes ill. it started since last night when i could feel her body warmer than usual. last night, we both barely had good sleep since she became cranky and clingy, posseting a lot, and cried a lot too.

I also had to wake up several times to tepid sponging her,trying to cool her head using water. i am afraid that if the body temperature went too high, she could get fit, and that worries me a lot since a baby at her age with fit could lead to brain injury as welll...nauzubllahi min zalik.

anyway, she is sleeping now after having her bath. usually she likes her bath a lot and never make any noise during bath, but today she cried her lungs out. i guess its the illness that make her different than usual. hopefully she recover from this fever soon...

syafakillah....insyaAllah..

Wednesday, May 4, 2011

Najya is a month's old





a month already passed... najya is now cuddlier, chubbier, and heavier than before. weighing a staggering 5 kg @ 1 month, tokma has already complained how her hand will become 'lenguh2' if she carry najya for a long time. aha...

CD is for cloth diapers



i have started Najya on CD yesterday. it works fine for me,no leaking, and it fits well on najya's thigh and buttock. initially, when i put her on that, i laughed out loud looking at how big my baby's bum look wearing CD...aha...sedap dipukul2 bont*tnya...hehe...

currently, i am using Autumnz CD. pasni, nak try Gifts from Heaven CD plak. maknya plak terlebih excited ni..hehe..

mykid

najya dah dpt mykid semalam!!!! comel, kaler pink. ehe...

haikal takde mykid, sbb haikal lahir kat oversea. dulu2, bile baru balik msia, ade jugak pegi pejabat pendaftaran nak try amek mykid utk haikal. tapi org tu kata haikal tak boleh buat mykid sbb guna borang W(borang pendaftaran utk anak2 lahir luar Malaysia),hanya boleh buat Mykad terus bile umur 12 tahun.

jadi, bile najya boleh mykid, ibu yg excited terlebih...hehe...

Thursday, April 14, 2011

NUR NAJYA TASNEEM

my 2nd (or third actually) has been safely delivered via elective caesarean section on 28th march 2011 @ 1547pm in Labour Room, Hosp Raja P Zainab 2, Kota Bharu.

Alhamdulillah, thanks to Allah for giving me the chance to experience the wonderful journey of being pregnant for the third time, to deliver her safely and to have her perfect and healthy, and to have family around me (especially my husband n mum) who is loving and caring, and also gave support to me throughout the process of recovery from c-sect. it was a worst nightmare,i mean the 2nd caesarean section, partly because of the longer duration it took to deliver the baby as there was adhesion with my previous scar. however, syukur for it is all over now. i finally have a girl in family. abang haikal eventually has his adik..

the name of the baby had not been finalised until she was born. i like Najya which means victorious, and tokbah and tokma like 'tasneem' which means spring/fountain in paradise. so we combined both names, and officially registered it on day 7 after she was born. alhamdulillah...

here are some of her earliest picture...




Tuesday, April 5, 2011

saat-saat kelahiran NUR NAJYA TASNEEM =)






26 march -
hari ini sepatutnya aku mendaftarkan diri pukul 8 pagi. tapi ku boleh jangkakan yang aku akan bosan kalau mendaftarkan diri seawal waktu itu. jadi kulewatkan bersiap hingga pukul 10pg. malangnya, ade org insurans dtg rumah berjumpa hubby menyebabkan waktu pendaftaranku terlewat hingga pukul 11 pagi.sesampaninya di LR, aku ditimbang, urine di check, dan FHR di cehck gune daptone. tak lama menunggu, aku disuruh ke wad 11 sambil menunggu kekosongan katil di wad 12 ( wad kls 1). pukul 12 aku masuk wad 11, mulanya hubby meneman.tapi kerana mama abah ada di rumah, hubby terpaksa pulang untuk membeli makanan utk mereka. pukul 4 ptg, ade katil kosong di wad 12, aku mengankat my own beg to wad 12. sedih waktu itu kerana hubby tidak dtg. aku dipindahkan bersama seorang lagi. sedihnya hati mengenangkan aku yg keserorangan mengangakat brg dan melihatkan suaminya mengangkat brg2 pesakit tersebut berpindah wad. sesampainya di wad 12, aku di skin-prep.dan diletakkan di katil 13. hubby dtg melawat petangnya walaupun sudah lewat. che abah dtg melwat hari tu. niat che utk meneman aku di malam itu kuhalang,kerana kesian pd che sedangkan aku tidak sakit apa2 lagi. malamnya, aku tidur keseorangan. rindu haikal

27 march
tidurku x lena. bising dgn suara bayi2 menangis. aku bgn awal,seawal 5 pagi... mandi dan tunggu subuh. aku dipakaikan baju OT dan dipasangkan branula pukul 7am. round pagi itu by specialist, aku di perli kerana dtg lewat hari sebelumnya menyebabkan namaku tidak ade dalam Elective list, sebaliknya dimasukkan dlm Semi-E list. aku berharap agak c-sxn dilakukan hari tu tapi memandangkan ade emergency di OT, aku tidak dipanggil. aku berbuka puasa pukul 3pm.che membeli nasik utkku berbuka. hubby dtg ptg tu melawatku.. sedih..hubby lewat lagi. melawat hanya sekejap kerana terpaksa melayan haikal yg nakal. malamnya che pulang, dan aku tidur berseorangan.

28 march
seperti pg sebelumnya, aku mandi pagi dan menunggu doktor's round. bosan. masih tertanya2 bile kan jadual pembedahanku. ms doktor round, aku baring aje. tidak berminat utk bersoaljawab dgn mereka. buku pa&ma 2 edisi sudah ku baca dr kulit ke kulit.bosan. msg hubby suruh dtg. dlm pukul 12 lebih die dtg. kuluahkan rasa x puas hati kerana aku masih di sini, sedangkan aku sudah masuk dr hari sabtu. hubby menelefon the o&g, and the anaest. x lama lps tu, nama aku dipanggil.sunguh cepat diorg menukar bajuku, memasukkan cbd, dan ot prep kan aku. beberapa minit selepas itu,aku diminta baring di atas stretcher sambil mereka menolak aku ke ot zamrud.sebelum itu kupesan pd hubby utk memaklumkan pd che bhw aku akan dibedah.sesungguhnya rasa CBD itu sungguh menyakitkan. terasa pedih dan mahu kencing sepanjang masa. rasa itu membuatkan aku rasa taknak dibedah pulak rasanya. bile sampai di OT zamrud,anaest and misi bertanya detail2 yg sepatutnya.

di dlm bilik ot, aku diberikan spinal anaesthesia dan intrathecal morphine. dr mostaza yg melakukannya. kali pertama die memberikan anest tersebut,rasanya sgt menyakitkan. aku hanya merasakan renjatan elektrik di sebelah kaki kiriku. terkejut aku.dua kali kejadian itu beerlaku. die meminta maaf, katanya die perlu mengadjust position sblm melakukannya sekali lagi kerana aku hanya merasakan nya pd sblh kiri tidak pd kedua2 kaki. sungguh perit.

kali kedua, die berjaya. kakiku mula kebas2. operation dimulakan. hubby tak masuk OT. kali ini, aku merasakan sakit ketika mereka menekan2 perutku.sungguh sakit sampai aku menangis. pada mulanya mereka memberikan pd dr hafizah untuk melakukannya, namun, dr ros dan dr haida(specialist) terpaksa turun padang kerana ade adhesion of my bladder tto the upper part of lower segment. adhesiolysis terpaksa dilakukan sblm mereka berjaya mengeluarkan baby. rasanya sungguh sakit, masyaAllah dan pembedahan kali ini juga mengambil beberapa jam tak seperti masa haikal dulu yg hanya mengambil ms yg singkat.

alhamdulillah,. pukul 5pm++ aku keluar dr OT dan ditempatkan di recovery. dapat ku lihat baby di dalam warmer. gembira walaupun masih merasa sakit. tak lama kemudian, baby diserahkan pada che bile sampai di ward. hubby masih menunggu di luar. setelah diperiksa keadaanku stabil, tiba masanya untuk memindahkan aku ke wad. kali ini, blood clot evacuation dilakukan oleh misi kerana byk oozing of blood dr vagina. ku halang merekaa dr menyentuh perutku kerana rasanya menyakitkan.

misi2 pon hairan kerana aku merasa sakit terlalu awal, juga dpt menggerakkan kaki sejurus selepas pembedahan. biasanya org hanya merasa sakit slps 6 jam. kali ini sungguh sakit ya Allah.

balik ke wad, aku dilawat oleh abah che and family and abah adin. mama ada kursus dan x dpt hadir. aku gembira. malamnya che menemankan aku. aku asyik menggaru2 muka sampai menggelupas dan malamnya aku mula menggaru seluruh badan. batuk pon terpaksa ku tahan kerana sakit pd perut akibat pembedahan.

29 march 2011
esokkan harinya, aku meminta iv piriton utk diberikan. 20mg iv piriton diberikan dan hanya slps itu aku baru ok dr merasa gatal2. che menemanku sepanjang masa. tapi kesian che, kerana penjaga diminta keluar sms doktor round. kesian pula rasanya melihat che di'halau'. huhu...tokayah dan makaji melawat aku di petang hari..

30 march
dan mula berjalan2. sakitnya masih terasa tapi kugagahkan juga diri.

31 march
hari pulang ke rumah.yeay...