Wednesday, July 27, 2011

4 Bulan



anak perempuan ibu sudah empat bulan. bahagianya ibu melihat anak ibu membesar. najya sudah banyak melakukan perubahan

1. dari kecil 3.6kg semasa lahir, sewaktu 3 bulan sudah 7.2kg. 4 bulan umurnya ini,taktahulah berapa beratnya. yang pasti lagi berat dari sebelum ini. sekarang, mampu dukung sekejap2. kalau dukung lama, pasti lenguh2 tangan ini

2. sudah boleh meniarap. dari 3 bulan setengah lagi najya boleh meniarap walaupun seawal 3 bulan lagi najya menunjukkan tanda2 untuk boleh meniarap tapi tidak berjaya sehinggalah umurnya 3 bulan setengah. bila meniarap, kakinya menguis-nguis sehinggalah kadang2 dia beranjak ke hadapan. bahaya betul sekarang kalau najya ditinggalkan seorang di atas katil. takut jatuh katil!

3. dah pandai bercakap2 seorang. lagi2 kalau tinggal seorang tidak dilayan. mulalah dia mengomel dalam bahasa dia utk attention. pandai ketawa juga. dah pandai main2 agah2 sekarang. pasti ketawa mengekek.

4. sewaktu masih kecil lagi najya suka senyum. sampai skrg pon masih senang senyum. kwn2 MO pun berkata yang sama sewaktu berjumpa najya di bilik oncall tempohari ketika najya dan abang menemani ibu oncall.

5. dah pandai main dgn abang walaupun masih lagi berhati2 bila abang berada berhampiran. takutnya pasti ada sbb abang suka mengacau adik sampai kadang2 najya menangis dgn kuat. abang pula pasti makin galak buat adik menangis. ibu merasakan adik najya ni sangat sensitif orangnya sbb bila abang bercakap kuat di telinganya,dia pasti menangis seolah2 orang memarahinya walaupun abang hanya mengacau tidak bermaksud utk memarahi.

6. sungguh sedap dan gebu badan najya yg kecik ini. baju2 semua sudah tidak muat,terpaksa ibu membeli baju2 baru utk adik yg membesar.ingin memakaikan baju abang tapi baju abang terlalu kelelakian.byk jeans2 abang ibu tak mahu pakaikan utk najya. tapi ibu tidak kisah kalau sekadar kaler biru utk najya, sbb sedari kecil mmg najya selalu pakai baju abang. syg juga kalau baju abang tak digunakan. tapi kalau baju yg terlalu lelaki eg seluar jeans, tak bolehlah..

7. najya sudah pandai mencapai barang. apa2 barang hatta rambut kita sekalipun, pasti diambil/ditarik ke mulutnya. aduh,kadang2, baru perasan ada 2-3 helai urat rambut di tangannya yg pasti sudah masuk ke mulut. semuanya dimasukkan ke mulut. sekrang pon dah pandai menarik spec ayah. kelakar. teringat time2 abang haikal kecil dulu, sama macam najya sekarang ;)

apa lagi ye?yang pasti setiap perkembangan najya ibu nantikan dgn hati yg gembira. anak ibu dah besar.suatu hari nanti bile ibu baca balik blog ini, ibu pasti tersenyum mengingatkan najya. semoga jadi anak solehah ye sayang! ameen


Tuesday, June 21, 2011

SSPN

najya and haikal dah enroll for SSPN. skrg tgh tunggu kad aje ...


Info for SSPN-------------------------------

SOALAN LAZIM > Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN

Soalan Lazim berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional PTPTN.
01.
Apa itu Skim Simpanan Pendidikan Nasional?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah merupakan instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN kepada ibubapa bagi membolehkan mereka membuat perancangan kewangan yang rapi khusus bagi maksud pendidikan tinggi anak-anak mereka. Melalui SSPN para ibubapa boleh membuat simpanan sedikit demi sedikit bermula daripada anak masih kecil lagi dan dengan itu segala masalah dan kesulitan kewangan setelah anak-anak mereka melanjutkan pengajian ke IPT akan dapat diatasi. Ini bermakna SSPN akan membantu menjayakan cita-cita dan pengharapan setiap ibubapa untuk melihat kejayaan anak-anak dalam bidang pendidikan.

02.
Bagaimanakah skim ini boleh memberi manfaat kepada anak-anak saya?

Antara kelebihan/keistimewaan SSPN yang boleh didapati adalah :-

Penerima manfaat/anak akan diberi keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan daripada PTPTN apabila mereka diterima masuk ke IPT;
Manfaat perlindungan takaful/insurans dan khairat/pampasan kematian diberi secara percuma kepada pendeposit yang layak;
Kadar keuntungan atau dividen yang sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran;
Dividen/keuntungan SSPN akan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
Semua simpanan adalah dijamin oleh Kerajaan (tertakluk kepada pindaan Akta 566); dan
Pendeposit yang layak akan ditawarkan insentif kewangan dalam bentuk geran sepadan atau matching grant yang bersamaan dengan jumlah simpanan.

03.
Adakah pendeposit diberi keutamaan untuk diberi pinjaman pendidikan sekiranya beliau adalah ahli SSPN dan adakah terdapat sebarang yuran tahunan atau caj lain?

Pendeposit SSPN akan diberikan keutamaan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN (sekiranya memohon). Tiada sebarang yuran/caj tahunan dikenakan kepada pembukaan akaun SSPN.

04.
Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar skim ini dan berapakah jumlah minimum deposit yang perlu & apakah dokumen-dokumen yang diperlukan?

Pembukaan akaun boleh di buat di mana-mana cawangan Bank Bumiputra-Commerce, BSN, Bank Pertanian, atau Bank Rakyat. Deposit minimum ialah sekurang-kurangya RM20. Dokumen yang perlu disertakan - salinan kad pengenalan ibubapa, salinan kad pengenalan/sijil kelahiran anak, dan slip gaji/akaun pendapatan ibubapa.

05.
Adakah wajib saya menambah simpanan setiap bulan?

Penambahan deposit SSPN boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki dan jumlah deposit mestilah tidak kurang daripada RM20 pada setiap kali membuat deposit.

06.
Apakah syarat-syarat kelayakan untuk menyertai SSPN?

Terdapat 2 syarat utama yang diperlukan di dalam menyertai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) iaitu:

Ibubapa atau penjaga warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang berumur antara 1 hari hingga 18 tahun semasa membuka akaun.
Semua bukan warganegara atau penduduk tetap tidak layak untuk menyertai SSPN.

07.
Berapakah pendapatan maksimum untuk layak memohon skim simpanan pendidikan nasional (SSPN)?

Skim Simpanan Pendidikan Nasional adalah layak untuk disertai oleh seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira had pendapatan.

08.
Adakah terdapat sebarang syarat- syarat tambahan yang dikenakan sekiranya penerima manfaat adalah bukan anak kandung tetapi adalah anak angkat?

Pembukaan akaun bagi anak angkat mestilah disertakan dengan surat/dokumen yang menyatakan bahawa anak tersebut adalah di bawah jagaan pendeposit yang sah.

09.
Apakah syarat-syarat bagi pendeposit untuk layak menerima manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian secara percuma.

Pendeposit mestilah mempunyai baki minimum akaun SSPN berjumlah RM1,000 pada setiap masa.

10.
Siapakah individu-individu yang dirangkumi di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian?

Individu yang terlibat di bawah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian dan pecahannya adalah seperti berikut:

Pendeposit akan mendapat perlindungan dan khairat kematian.
Penerima manfaat akan hanya mendapat khairat kematian sahaja

11.
Berapakah jumlah manfaat perlindungan takaful dan bayaran khairat kematian yang diberikan?

Bagi Perlindungan takaful akan mendapat sehingga RM50,000 tertakluk kepada jumlah simpanan. Manakala bagi khairat kematian akan mendapat bayaran sebanyak RM 1,000.

12.
Apa akan berlaku kepada wang simpanan sekiranya pendeposit meninggal dunia dan apakah langkah seterusnya yang perlu diambil?

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, wang simpanan SSPN akan dilindungi oleh insurans yang menyediakan manfaat perlindungan serta khairat/pampasan kematian. Sekiranya sesuatu berlaku kepada pendeposit(ibubapa), anak dan pewaris yang dinamakan, mana-mana waris atau saudara-mara boleh menuntut wang tersebut tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan serta dengan mengemukakan bukti/dokumen yang diperlukan. Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat, maka wang tersebut akan diuruskan mengikut undang-undang serta peraturan yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

13.
Pada masa bilakah dan bagaimanakah geran sepadan ini diberikan kepada pendeposit?

Geran sepadan hanya layak bagi keluarga yang berpendapatan isirumah (bulanan) RM1,200 dan ke bawah. Pengeluaran geran sepadan hanya boleh dilakukan apabila penerima manfaat/anak diterima masuk ke IPT.

14.
Berapakah had minima dan maksima geran tersebut akan diterima oleh mereka yang layak?

Geran Sepadan dihadkan kepada maksimum RM10,000 bagi setiap pendeposit (ibubapa) tanpa mengira bilangan akaun SSPN yang dibuka untuk setiap anak.

15.
Adakah geran sepadan yang telah diberi tersebut perlu dibayar balik dan berapa lamakah untuk tempoh bayaran balik?

Geran Sepadan adalah pemberian percuma Kerajaan dan tak perlu dibayar balik. Walau bagaimanapun, Geran Sepadan hanya boleh dikeluarkan sekiranya anak diterima masuk ke IPT.

16.
Apakah syarat-syarat pengeluaran simpanan?

Pengeluaran hanya boleh dibuat setelah setahun menyimpan di dalam SSPN. Terdapat dua kaedah pengeluaran yang dibenarkan iaitu:

Pengeluaran 10% dari baki akaun atau RM500.00 setahun, manayang terendah; dan
Pengeluaran 100% daripada baki akaun jika memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:


jika anak diterima masuk ke mana-mana IPT;
jika anak meninggalkan secara sukarela atau dibuang daripada institusi pendidikan;
jika anak mengidap penyakit yang tidak boleh sembuh sebagaimana yang diperakukan oleh doktor perubatan kerajaan;
jika anak menghidapi keilatan keseluruhan kekal sebagaimana yang diperakukan oleh doktor perubatan kerajaan;
jika anak meninggal dunia; atau
jika pendeposit meninggal dunia.
Pada peringkat permulaan semua permohonan pengeluaran hendaklah dikemukakan terus ke Pejabat PTPTN.
17.
Berapakah kadar keuntungan atau dividen yang dikatakan sekurang-kurangnya setara dengan kadar pasaran? Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pasaran?

Tiada sebarang kadar dividen yang telah ditetapkan, walau bagaimanapun, kadar dividen yang dijanjikan ialah sekurang-kurangnya setara dengan kadar dividen pasaran skim simpanan yang ditawarkan oleh oleh bank-bank dan institusi kewangan tempatan.

Sunday, June 19, 2011

Najya and BF

next week i'll start working again after 90 days maternity leave plus an extra 2 weeks of annual leave+ cuti khas PSY. since the last couple of weeks, i've been pumping and freezing the EBM, getting ready the milk stock before the work journey starts.

alhamdulillah. EBM stock is increasing. today is the first day najya had to taste her EBM after i left her with Kak Tah, our new babysitter as i had to go out shopping for groceries. according to K.tah, she rejected it at first, but after few pushings, she drank the milk half-heartedly not finishing the 2.5 oz given in the bottle. i guess, the milk and the teat taste different than usual.

najya will be 3 months this coming 28th. and on the same day, i'll start working again.i really feel so hard to leave the leisure and pleasure feeling of not working.but time really envy us, dont u think???it flies so fast... what to do?!! got to work to earn some money...huhu..