ajal maut di tangan tuhan. dr sblm kelahiran lagi, Allah dan tentukan rezeki,jodoh ajal maut kita. ajal kite tak akan sedetik berkurang atau bertambah masanya...
hari ni, my sis bagitahu ade kawan2 lelaki satu batch ngan die accident kerete kat Egypt. ade 5 org dlm kereta, seorg sudah kembali ke rahmatullah. dua org lagi cedera ringan/trauma saje, the other 2,still comatose. sorang suffers from intracranial haemorrhage/brain laceration awaiting surgery, the other one pon tgh tunggu operation for broken bony parts,pon koma.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun...
dari Allah kite dtg, kepada Allah kite kambali.
semoga Allah tempatkan arwah di kalangan para solihin, dan semoga sahabat 2 lagi selamat dlm operation yg akan dtg. mari kita sama2 sedekahkan Alfatihah buat arwah.
UTUSAN MALAYSIA ONLINE, ARKIB : 15/06/2009
Muhammad Amar selamat dikebumi
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my
KEPALA BATAS 14 Jun - Jenazah Muhammad Amar Zulkiflie (gambar), pelajar Malaysia di Universiti Kaherah, Mesir yang maut dalam kemalangan jalan raya pada Khamis lalu selamat dikebumikan hari ini.
Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Taman Bertam Indah di sini, ketika jenazah Allahyarham diturunkan ke liang lahat kira-kira pukul 6.30 pagi.
Jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10 malam semalam sebelum dibawa dengan van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke rumah keluarganya di Taman Bertam Indah.
Sejurus tiba kira-kira pukul 4.50 pagi, keranda dibuka bagi membolehkan ibu bapa Allahyarham, Zulkiflie Ismail, 47, dan Siti Fatimah Ramli, 46, serta adik-beradik dan sanak-saudara melihat jenazah untuk kali terakhir.
Selepas itu, jenazahnya dibawa ke Masjid At-Taqwa dan disembahyangkan selepas solat subuh.
Zulkiflie yang ditemui selepas upacara itu memberitahu, dia bercadang untuk mengerjakan upah haji sebagai memenuhi hasrat Allahyarham untuk menunaikan ibadat umrah sebelum ini.
"Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan ini. Saya akan cuba melakukannya secepat mungkin dan semoga amalan itu akan diterima oleh Allah," katanya.
Muhammad Amar, 21, pelajar perubatan tahun tiga di Universiti Kaherah, meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki bersama empat rakannya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan ketika pulang dari Ain Sokhna, Kaherah, kira-kira pukul 3 pagi Khamis lalu.
Empat lagi rakannya yang berusia lingkungan 20-an iaitu Abdul Rahman Ramdzan patah lengan kanan, Akram Abdul Kadir masih koma manakala Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya cedera ringan.
Sementara itu, Siti Fatimah memberitahu, dia bersyukur kerana urusan pengebumian jenazah anaknya berjalan lancar dan terharu dengan kehadiran orang ramai termasuk rakan- rakan anaknya.
"Makcik bersyukur kerana mendapat lebih ramai anak hari ini. Awak semua makcik anggap sebagai anak makcik sendiri kerana sudah menjadi kawan baik kepada Amar.
"Jadi sekurang-kurangnya makcik masih ada ramai anak lain," katanya merujuk kepada kira-kira 50 rakan persekolahan Allahyarham dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) Beseri, Perlis yang hadir pada upacara pengebumian itu.
No comments:
Post a Comment