Saturday, June 6, 2009

Nak letak ape nama baby ni???

sampai skrg, baby Adik Afnan ni masaih tak ada nama. susah betul nak cari nama baby kali ni. masih berfikir-fikir nama yg sesuai...

mula2, masa awal2 mengandung, selalu terfikir nama baby lelaki. langsung x fikir nama baby girl walaupun masa tu masih x tahu yg baby yg dikandung skrg baby boy. selalu dok pk nama Adham, sbb nama tu macam dekat betul gaya sebutannya dgn nama Afnan. Ahmad Afnan, Ahmad Adham. sedap kan nama tu? sng nak menyebutnya. mula2, cari jugak maksud adham dalam buku nama2 bayi Islam versi Melayu, maksudnye 'yg cantik'. sama maksud dgn afnan, 'yg cantik/berseri' jugak. (maksud Afnan berbeza ya dlm Alquran ye =) ) tapi, bile surf dlm internet, adham bermaksud 'black/hitam'. ade website merefer adham sbg 'black stallion/kuda hitam'.

masa bagitahu hubby mula2 dulu psl berkenan dgn nama adham ni, hubby mcm setuju. iyelah, maksud 'yg cantik', sama pulak maksud afnan. sukalah..abang adik maksud yg sama. cume, bile dibagitahu hubby psl adham maksudnye hitam, hubby mula gelakkan. suke dipanggil2 baby dgn adham. panggil 'baby hitam' kat baby yg di dlm perut ini. nakal betul hubby.

anyway, lps pk2 balik, taknak la nama adham. nanti dipanggil2 hitam dr kecil. entah2 betul2 lahir hitam. kalau hitam kulit takpe, sbb hitam itu menawan, tapi kalau perangai pon hitam, xnakla...kan nama anak itu doa. kalau nak anak soleh, kenala nama yg diseru sbg doa tu pon bermaksud elok. sabda rasulullah:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka indahkan nama kamu itu" (HR Abu Daud)

dulu, masa mengandungkan Afnan, langsung x decide nama baby awal2 masa mengandung. cume masa mama Adin dtg sblm kami grad, mama abah mengaji Quran kat living room. tiba-tiba mama came accross Afnan dalam Surah Ar-rahman. (maksud spt di bwh)

"But for such as fear the time when they will stand before (the Judgement Seat Of) their Lord, There will be two Gardens- Then which of the favours of your Lord will ye deny?- Cointaining all kinds (of trees and delights);- Then which of the favours of your Lord will ye deny?- In them (each) will be two springs flowing (free); Then which of the favours of your Lord will ye deny?- In them will be fruits of every kind, two and two. Then which of the favours of your Lord will ye deny?" ~Surah ArRahman

Afnan (Template:ArB) is a Arabic word which can be found in Sura Ar-Rahman of the Qu’ran. It is essentially used as one of the elements to describe a specific place in the heavens. The direct translation of the word is "Branches with Leaves". Hence, the aforementioned place is a peaceful setting which is covered in shade and full of fruits.

mama kata, 'cantik betul maksud afnan ni. ape kata nama kan afnan'. mase tu kami baru 3 bulan pregnant. xpk betul2 lagi nama baby. entah kenapa, nama afnan tu macam lekat spjg2 tempoh mengandungkan afnan. walaupun x difinalize hingga ke saat akhir waktu nak bersalin, tapi nama Afnan tu sentiasa ingat di kepala. hubby pon suke sgt dgn nama Afnan. maksudnya elok, ada dlm Quran pulak tu. plus, sng nak mnyebut, dan bunyinya betul2 lembut di dengar. tambahan lagi neneknya yg memilih. kami betul2 suka nama tu.

hinggalah ke saat akhir waktu afnan lahir meninggal sewaktu labour, nama tu masih di kepala.x ada nama lain. sehari selepas Afnan lahir, nurse tanya, nak namakan baby dgn nama apa utk dimasukkan dlm sijil kematian. mase tu, terus terpacul Afnan. yes, Afnan. nama anak ibu adalah Afnan. tapi mase tu, mama tanya, nak namakan Ahmad ke, Muhammad. mama kata, Ahmad tu nama panggilan nabi di syurga, Muhammad panggilan nabi kita sms sblm kewafatannya, sms baginda di atas bumi.

spontan bile mama terangkan,ibu terus decide, nama anak ibu, 'Ahmad Afnan'. sbb Afnan lahir terus ke syurga. Afnan suci, x buat dosa. sesuai betul dgn nama anak ibu yg satu ini. terus ke syurga tunggu ibu ayah di sana dgn nama yg ibu ayah berikan. thanks to mama juga...sbb mama yg namakan cucu sulung die yg sorang ini.

habis cerite psl asal-usul nama afnan.kali ini, betul2 xtahu nak namakan ape adik afnan ni. adik yg kat egypt tu beriya bagi nama mcm2..aflah la,ammjad etc...smua dh masuk dlm list cuma x di finalise kan lagi. teringat seorg collegue, Irish, name die Paedar, lps die tahu my story of having still birth baby, dan die tahu yg i'm currently pregnant, die ty, 'xnak namakan Afnan jugak ke utk baby yg ni?'(in english)... terkedu sekejap bile die tanya...then, terus jawab ' for me, every baby is unique. i dont want to name them with the same name.As there is only one afnan for me. he is the one, and will be the only one in my life.' die angguk2...

dlm hati,berjanji, there will be no second afnan. dlm hati,afnan yg itu.hanya yg itu. rohnya di langit, jasadnya di Dublin. xkan sama kalau ade anak lain nama sama dgn Afnan...

berbalik kepada persoalan...

nak letak baby ni name ape??huhu...adham?hitam pulak maksudnya...tina (my besfren) kate, letakla abyad, maksudnya 'putih'. haha...

yg pasti, ade certain criteria utk nama anak2 ku:

1) nama nya mesti bermaksud yg elok sahaja. lagi bagus kalau namanya ada dlm Alquran, mcm nama 'afnan'
2) simple dan sng dipanggil. x perlu nama panjang, kerana nanti pasti dipendekkan. contohnya, Afnan. kalau afnan hidup,mahu kupanggil 'afnan' bukan 'nan'. cube bayangkan kalau nama yg lebih panjang,yg pasti, pasti dipendekkan dgn nama manja. kalau boleh, biar nama yg sbg doa itu dipanggil sewajarnya dgn nama tersebut tanpa singkatan. nanti doa x sampai...
3) 2 suku kata sahaja...
4) taknak nama comercial...hehe...sy ni agak kuno mungkin.haha...nak nama simple2 je...xnak danish/damia etc...kalau nama sahabat nabi pon best jugak. muaz, abu dzar..semua nama cantik2...

entahla...ape lagi ye criteria utk namakan baby ni??anyway, anybody has suggestion? pening betul pilih name baby ni. bangga tau kalau name kite kite suggest terpilih.contohnye nama adikku Dalia, itu name yg ku pilih.hehe...so, sape2 ade suggestion,sile bagitahu ye..=)

(to iti, pls listkan nama2 baby yg awak nak suggest kat sy...sy ingat afew jek yg awak bagi aritu. and the website address plis..lupa nak salin name website aritu. TQ)

No comments: